Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Balu Anggota Bomba Maut...

KUANTAN - Kelam dan tidak tahu bagaimana hendak meneruskan kehidupan selepas ini dengan...

Makmal Khas Diwujud Bagi...

ALOR GAJAH - Kerajaan akan mewujudkan makmal khas yang berfungsi mengumpul maklumat dan...

Menteri Boleh Undur Diri...

PETALING JAYA - Wartawan veteran, A Kadir Jasin berkata individu yang dilantik menganggotai...

Saksi Bayar RM19 Juta...

KUALA LUMPUR : Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini,...

Najib Terima Kunjungan Imam Masjid Al-Aqsa Di Seri Perdana

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Khamis menerima kunjungan hormat Imam Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis, Imam Ali Omar Yacoub Abbasi di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini.

Perdana Menteri dan tetamu kemudian bersama-sama mengerjakan solat Maghrib, solat Isyak serta solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan Malaysia dan Palestin yang diimamkan oleh Ali Omar.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Pengerusi Tabung Haji, Datuk Azeez Abdul Rahim dan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad.

12088219_10208295140193165_8413258250279118412_n

12106744_10208295140873182_7959264849860653278_n


12109836_10208295139713153_360163493942412773_o

Dalam pertemuan itu, Ali Omar merakamkan penghargaan atas perjuangan perdana menteri membela nasib Palestin dan Masjid Al-Aqsa selama ini termasuk ketika berucap lantang pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini.

Kata beliau, tidak banyak pemimpin Islam yang berani membangkitkan isu Palestin dan mengutuk keras penindasan rejim Israel secara terbuka seperti yang diperjuangkan oleh Najib sejak sekian lama.

Imam Masjid Al-Aqsa itu turut mendoakan kesejahteraan Malaysia dan Najib sendiri agar mampu berdepan dengan pelbagai cabaran untuk terus memimpin negara ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori