Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu...

KUALA LUMPUR - Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja berhubung isu pelantikan Perdana Menteri baharu...

Adly Zahari Angkat Sumpah...

MELAKA - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari hari ini...

JPN Nafi Tukar Kod...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta orang ramai terutama rakyat Pahang tidak...

Pekerja Sub Kontrak TNB...

GEORGE TOWN - Pekerja sub kontrak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang cedera dan...

Nak Duit Ke, Nak Mempertahankan Maruah? – Aidil

NAMPAKNYA konflik yang berlaku antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan seperti tiada tanda-tanda bakal berakhir.

BACA: Rita Rudaini Dedah Aidil Belum Bayar Wang Mutaah RM30,000

Jika baru-baru ini Rita mendedahkan bahawa dia masih belum lagi memperolehi sebarang bayaran atas kemenangan dalam kes tuntutan mutaahnya yang berjumlah RM30,000, Aidil pula dilihat ‘tidak mahu mengalah’ dengan lantang bersuara membalas kenyataan Rita menerusi laman Instagramnya.

Menurut Aidil yang juga merupakan pemain bola sepak terkenal, dia mempunyai hak untuk membayar kepada bekas isterinya itu secara ansuran mahupun sekaligus.

Pada masa yang sama, Aidil turut menyelar pelakon ‘Mami Jarum Junior‘ itu dengan mempersoalkan kenyataan Rita yang mahu pertahankan maruahnya.

Aidil-Zafuan-Nak-Pertahan-Maruah-Atau-Nak-Duit-ROTIKAYA


“Selain itu, keputusan atau perintah bertulis juga belum lagi diterima oleh pihak saya mahu pun peguam syarie saya. So saya harap ianya tak perlu diriuhkan dan diperbesarkan. Selama ini cakap duit tak penting, maruah yang penting, so bersabarlah.

“Ni nak duit ke nak pertahankan maruah. Lain kali sebelum bagi apa-apa komen, ingat dulu sebelum bercakap,” tulis Aidil.

5 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memerintahkan Aidil membayar mutaah sebanyak RM30,000 kepada aktres itu kerana punca penceraian bukan daripada pihak Rita sebaliknya, atas tindakan Aidil yang keluar rumah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori