Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pewartaan Kawasan Rabies Ditarik...

TAIPING - Proses penarikan balik pewartaan kawasan penyakit  anjing gila atau rabies hanya...

Hanya Mampu Berdoa, Berharap...

KOTA KINABALU - Suri rumah, Sharifah Erna Berson, 23, terpaksa melalui hari-hari yang...

4 Budak Terbunuh Kereta...

MILLAS, Perancis - Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak maut manakala 19 cedera termasuk tujuh cedera...

Ibu Dan Dua Anak...

Nilai: Seorang wanita bersama dua anaknya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas...

Neelofa: Keinginan Rasa Nak Bercinta Dah Hilang

SEJAK putus cinta dengan Hans Isaac dua tahun lalu, nama Neelofa tidak pernah lagi dikaitkan dengan mana-mana lelaki.

Dirinya kini lebih dilihat fokus kepada bidang pengacaraan dan perniagaan yang diusahakannya sejak beberapa tahun lalu.

Mengakui masih solo, Neelofa mengatakan dia tidak mempunyai keinginan untuk bercinta seperti mana individu lain di luar sana.

Memetik laporan Berita Harian, Neelofa berkata, “Hati saya belum dimiliki dan saya juga belum menemui sesiapa. Keinginan untuk bercinta itu belum tumbuh, apatah lagi merancang lebih jauh iaitu berumah tangga. Saya tidak menyesali takdir yang tertulis, cuma ketika ini, saya tidak berminat untuk menjalin hubungan dengan sesiapa.

“Keinginan untuk berkahwin juga sudah berarak jauh dari sudut hati. Mungkin ada yang tidak percaya jika saya katakan, ketika ini perasaan saya ke arah itu kosong. Itu kenyataannya hingga saya sentiasa berdoa supaya Allah hadirkan kembali ‘rasa’ yang sudah lama hilang,” ujarnya lagi.


Usah gusar Neelofa, ajal, maut, jodoh, pertemuan itu semua kerjaNya.

InsyaAllah, time tidak mencari-cari itulah nanti akan terjumpa dengan lelaki yang berjaya menimbulkan kembali ‘rasa’ cinta yang ingin dicari kembali oleh selebriti berusia 26 tahun itu.

Apa-apa pun semoga Neelofa terus sukses baik dari segi kerjaya dan juga kehidupan peribadinya. InsyaAllah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori