Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Perjumpaan 19 ‘Datuk Bandar’...

KOTA KINABALU: Perjumpaan 19 'datuk bandar' dari selatan Filipina baru-baru ini adalah berkaitan...

Pelajar Maut, Padah Turun...

SYDNEY - Dua sahabat yang mahu bergembira dengan menaiki troli pasar raya menuruni...

Datuk Seri Vida Tak...

SIAPA yang tak kenal dengan pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida yang sangat...

Kucing Lebih Terdedah Dijangkiti...

KUCING didakwa lebih terdedah dengan jangkitan koronavirus (Covid-19) berbanding anjing.Perkara itu didedahkan penyelidik di...

Nelayan Wajib Sertai Kursus Asas Keselamatan Di Laut

KUANTAN – Semua 80,000 nelayan tempatan berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia akan diwajibkan menyertai Kursus Asas Keselamatan Nelayan Di Laut mulai tahun hadapan.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Malaysia, Johari Ramli berkata modul kursus selama tiga hari itu antara lain akan mengajar nelayan untuk menyelamatkan diri semasa berlaku kecemasan di laut dan cara melakukan usaha mencari dan menyelamat.

“Ia akan diadakan di Akademi Perikanan Malaysia di Chendering, Terengganu juga bertujuan memberi tunjuk ajar penggunaan alat komunikasi, sistem pengesan global (GPS), kompas dan alatan keselamatan seperti alat pemadam api dan boya keselamatan.

“Untuk memastikan nelayan mengikuti kursus itu, pihak jabatan akan mengeluarkan sijil selepas tamat berkursus dan apabila nelayan membuat permohonan memperbaharui lesen, mereka akan diminta menunjukkan sijil itu,” katanya pada sidang media di Pusat Biosekuriti Perikanan di sini, hari ini.

Sementara itu, Johari juga menasihatkan nelayan supaya mengambil tindakan sewajarnya untuk menghadapi musim tengkujuh yang dijangka bermula awal November ini termasuk mendapatkan maklumat cuaca sebelum ke laut dan mematuhi arahan bendera merah, tanda bahaya yang dikibarkan di setiap pangkalan.

Nelayan juga dinasihatkan untuk keluar ke laut secara berkumpulan dengan sekurang-kurangnya sebuah bot dilengkapi alat komunikasi, selain perlu membawa ratio makanan yang mencukupi, sebagai persediaan jika berlaku perkara tidak diingini.

“Golongan ini juga dinasihati supaya memaklumkan kepada keluarga di mana mereka akan menangkap ikan dan bila mereka dijangka pulang. Jika mereka tidak pulang hari itu, usaha mencari dan menyelamat akan dapat fokus ke kawasan berkenaan,” katanya.


Johari berkata dalam tempoh 10 bulan tahun ini, pihaknya melakukan 606 kes tangkapan atas pelbagai kesalahan seperti tidak mempunyai alatan keselamatan yang diwajibkan, melanggar kawasan tangkapan ikan yang dibenarkan dan tidak mempunyai lesen.

Dalam tempoh 10 tahun yang lepas sejak 2006, Statistik Operasi dan Bantuan Carilamat (MRCC) mencatatkan 509 kes kemalangan kapal berlaku di laut, termasuk 39 kes dalam tempoh Januari hingga Oktober lepas.

Sehubungan itu, Johari mengingatkan nelayan akan kepentingan mematuhi spesifikasi peralatan keselamatan oleh jabatan iaitu mempunyai jaket keselamatan mengikut jumlah kru, boya keselamatan, lampu pelayaran serta membawa alatan yang digalakkan seperti dayung, GPS dan peti keselamatan.

Johari berkata pihaknya akan mengadakan pemeriksaan lebih kerap selepas ini, dan mereka yang tidak mematuhi peraturan itu boleh dihukum mengikut Peraturan 22, Peraturan-Peraturan Perikanan (Kelautan)(Pelesenan Vesel Penangkapan Ikan Tempatan) 1985.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1,000, jika sabit kesalahan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori