Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Maybank Diiktiraf Majikan Paling...

KUALA LUMPUR - Maybank diiktiraf sebagai Majikan Paling Popular bagi Perkhidmatan Perbankan dan...

Kawalan Sempadan Di Wang...

KANGAR - Kawalan keselamatan di sempadan Malaysia/Thailand di kawasan hutan simpan Wang Kelian...

Polis Buka 12 Kertas...

NILAI - Sebanyak 12 kertas siasatan dibuka melibatkan golongan VVIP yang tidak mematuhi...

Pesawat Tentera Sri Lanka...

COLOMBO - Sebuah pesawat tentera Sri Lanka terhempas berhampiran ibu negara, Colombo, mengakibatkan...

Netizen Bantu Khaidir Ahmad Biayai Kos Guaman

KUANTAN – Status laman sosial Facebook bekas Ketua Pengarang Berita TV3 Khaidir Ahmad, yang memohon bantuan kewangan bagi membiayai kos guaman satu kes saman sivil yang dihadapinya baru-baru ini mendapat perhatian netizen.

Beliau yang kini mengusahakan penternakan ikan patin sangkar di Sungai Pahang selepas berhenti daripada TV3 pada 15 Dis tahun lepas, memuat naik status berkenaan Ahad lalu, memohon bantuan sekurang-kurangnya sebanyak RM2.60 seorang bagi membayar kos guaman berjumlah RM10,600.

Kes saman berkenaan difailkan oleh seorang pegawai kanan Pejabat Daerah Temerloh berhubung isu pam pasir yang dibantah oleh penduduk Mukim Lebak, Temerloh dan sangkar ikan patinnya di Sungai Pahang.

“Saya yang tiada pilihan selain terpaksa mengambil langkah ini dengan mengemis sumbangan daripada sahabat dan hamba Allah yang prihatin untuk membantu saya membiayai kos guaman dan kos lain yang berkaitan,” katanya dalam status tersebut.

Permohonan Khaidir yang selama ini cukup dikenali sebagai wartawan yang berani membongkar tentang pencerobohan hutan secara haram dan pencemaran alam sekitar mendapat perhatian netizen yang tampil menderma untuk meringankan bebanannya.

Ia termasuk seorang individu daripada Washington, Amerika Syarikat yang menyumbang AS$26 (kira-kira RM112) dan Khaidir yang juga Pengerusi Persatuan Pelindung Khazanah Alam Malaysia Pahang (PEKA) berjaya mengumpul sebanyak RM9,712.20 dalam tempoh empat hari selepas status itu dimuat naik.


Ketika dihubungi Bernama, beliau melahirkan rasa syukur dan terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia bukan sahaja dari dalam tetapi juga di luar negara termasuk Australia dan Indonesia yang tampil menyalur sumbangan sehingga beliau dapat membayar kos guamannya Khamis lepas.

“Saya terpaksa memohon sumbangan orang ramai bagi membiayai kos guaman itu kerana tidak lagi mempunyai sumber kewangan selepas mengalami kerugian akibat sangkar patin saya hanyut dibawa arus semasa banjir besar Disember tahun lepas,” katanya.

Katanya kes saman itu tidak akan melemahkan semangatnya dan berazam akan terus berjuang untuk alam sekitar dan rakyat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori