WALAUPUN mengakui sudah berpisah namun Nora Danish mengatakan jangan terkejut sekiranya dia berkahwin dengan Nedim Nazri di kemudian hari.
Sebelum ini, Nora menjalinkan percintaan dengan duda anak satu itu namun terputus di tengah jalan.
Baik Nora mahupun Nedim tidak bercerita lanjut mengenai punca perpisahan mereka.
Namun, Nora menjelaskan hubungan mereka sangat rumit sehingga terpaksa berpisah bagi menyelesaikan beberapa masalah.
“Sebenarnya situasi kami sangat rumit ketika menjalinkan hubungan cinta dan sebab itu kami mengambil keputusan untuk berpisah bagi menyelesaikan beberapa masalah. Jujurnya kami memang berkawan dan Alhamdulillah sudah 80 peratus masalah sudah diselesaikan.
“Selepas satu demi satu dapat diselesaikan, situasi hubungan kami berbeza walaupun status kami hanya kawan. Bagaimanapun, saya harap orang ramai jangan terkejut sekiranya kami membuat keputusan untuk berkahwin,” katanya memetik mStar.
Dalam perkembangan sama, Nora bakal menjalani latihan bagi mempersiapkan diri untuk persembahan teater arahan Erma Fatima berjudul Mak Cun yang akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 14 November ini.
Selain Nora, turut berlakon sama dalam teater itu adalah Erma Fatima, Balkish Semundur Khan, Dato Rahim Razali, Ungku Ismail dan Dafi. – MYNEWSHUB.CC
Perpisahan Nora Danish dengan Nedim bukan rekaan
[youtube http://www.youtube.com/watch?v=ZDWYULyg4r4&w=420&h=315]