Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

PM Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadiri satu...

Sazali Fail Rayuan Penggantungan...

KUALA LUMPUR - Jaguh bina badan negara, Sazali Samad yang dikenakan hukuman gantung...

Adi Putra Mengaku Kahwin...

PELAKON Adi Putra yang namanya menjadi hangat baru-baru ini gara-gara berkahwin dua secara...

Empangan Hidro Terbesar Di...

BEIJING – Sebuah empa­ngan elektrik hidro terbesar di Tibet mula beroperasi pada Ahad...

Norasurah Jual Pakaian Tembusi Pasaran Paris

CYBERJAYA – Paris sememangnya sinonim dengan fesyen dan pakaian berjenama namun percayakah anda bahawa seorang rakyat Malaysia berjaya menembusi pasaran jualan pakaian di kota terkenal itu?

Itu yang berlaku kepada seorang peniaga bumiputera, Norasurah Abd. Wahab, yang juga pemilik kedai online EDZ.com.my di tanah air apabila mencatat jualan daripada pelanggan di seluruh dunia termasuk di Paris.

Norasurah pada mulanya hanya beroperasi secara kecil-kecilan menjual barangan muslimah dan pakaian wanita dengan dua orang pekerja dan mencatat pendapatan kurang RM5,000 sebulan dengan sekitar 300 pelanggan.

Namun kini, beliau pendapatan mencecah hingga ke enam angka dan mampu menggajikan 14 pekerja untuk menampung keperluan operasi urusniaga barangan di dalam dan luar negara.

Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Ng Wan Peng berkata, kejayaan Norasurah adalah contoh terbaik seorang peniaga yang menyertai platform pemasaran digital, MyCyberSALE yang dibangunkan oleh kerajaan bagi membantu para peniaga industri kecil dan sederhana (IKS).

“Justeru, para peniaga tempatan perlu merebut peluang menjalankan pemasaran secara digital bagi meningkatkan jualan kerana perniagaan dalam talian merupakan trend terkini masyarakat membeli belah dengan mudah, menjimatkan dan pada bila-bila masa sahaja,” katanya ketika berucap pada Forum C-Suite Universiti Multimedia (MMU) bertajuk ‘Menguruskan Syarikat Dalam Waktu Yang Mencabar’ anjuran Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengetahuan (CEKIM) Fakulti Pengurusan (FOM) MMU di sini kelmarin.

Wan Peng
Ng Wan Peng menyampaikan ceramah pada Forum C-Suite Universiti Multimedia (MMU) bertajuk ‘Menguruskan Syarikat Dalam Waktu Yang Mencabar’ anjuran Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengetahuan (CEKIM) Fakulti Pengurusan (FOM) MMU Cyberjaya, kelmarin.

Dua lagi ahli panel ialah Ketua Pegawai Eksekutif Cloud-IOT Sdn. Bhd., Mr. Kumaran Singgaram dan Pengasas Bersama MobileIron Inc. Ajay Mishra dari Amerika Syarikat. Turut hadir Naib Presiden MMU, Prof. Dr. Heng Swee Huay.

Beliau berkata, setakat sembilan bulan pertama tahun ini, MyCyberSALE kini yang dibangunkan oleh kerajaan untuk membantu para peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) berjaya mencatatkan hasil jualan melebihi RM118 juta.

Menurutnya, jumlah tersebut melibatkan lebih 6,000 syarikat dan peniaga tempatan yang berurus niaga secara dalam talian dengan lebih 272,000 pelanggan dari dalam dan luar negara.


“Jumlah jualan RM118 juta pada 2015 menunjukkan peningkatan sebanyak 72 peratus berbanding RM24 juta jualan membabitkan 3,654 peniaga dan 170,000 pelanggan pada tahun 2014,” jelasnya.

Wan Peng memberitahu, jumlah tersebut menunjukkan trend pemasaran digital amat berkesan bagi menghubungkan pembeli dan penjual termasuk mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.

C Suite (2)
Ng Wan Peng (dua dari kanan) menjawab soalan peserta sambil diperhatikan (dari kanan) Ajay Mishra, Kumaran Singgaram dan Prof Murali Raman, Dekan Fakulti Pengurusan (FOM) pada Forum C-Suite Universiti Multimedia (MMU) bertajuk ‘Menguruskan Syarikat Dalam Waktu Yang Mencabar’ anjuran Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengetahuan (CEKIM) FOM di MMU Cyberjaya, kelmarin.

Sementara itu, Kumaran memberitahu, antara trend lain yang sedang berkembang akibat ledakan Internet ialah kecenderungan syarikat beroperasi tanpa pejabat bagi menjimatkan kos kerana operasi harian boleh dilakukan oleh pekerja di mana-mana sahaja.

“Ini ini dijangka terus berkembang berikutan terdapat pelbagai aplikasi dan kemudahan seperti Internet of Things (IoT), pengkomputeran awan (cloud computing), pemasaran digital dan media sosial,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ajay memberitahu, syarikat-syarikat perlu menyedari bahawa pengguna Internet kini beralih daripada penggunakan komputer kepada telefon mudah alih untuk mendapatkan sebarang maklumat dan melakukan kerja secara dalam talian kerana lebih mudah dan cepat.

“Saya percaya, syarikat-syarikat perlu mengambil kira perkara ini dalam strategi perniagaan mereka pada masa depan,” jelasnya.

Forum C-Suite MMU itu bertujuan untuk memberi maklumat tentang perubahan pesat penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang memberi cabaran dan peluang terhadap operasi syarikat-syarikat tempatan pada waktu ini dalam usaha untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan. Ia dihadiri oleh ahli akademik, pegawai MDEC dan syarikat-syarikat berkaitan ICT. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori