Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mengejutkan! Dua Pelajar Sekolah...

DUA pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun di Negeri Sembilan berhadapan kemungkinan...

“Lu Punya Bos Suruh...

SEORANG pengusaha kedai jamu nyaris mengalami kerugian RM400 selepas cubaan seorang lelaki berusia...

Wakil Malaysia Ke Kemboja...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien bersama sekumpulan wakil...

Optimumkan Bajet RM1.509 Bilion,...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengoptimumkan peruntukan...

Obama ‘Crash’ Perkahwinan Pasangan Di Padang Golf

PASANGAN pengantin baru, Brian Tobe dan isterinya, Stephanie Tobe cukup bertuah apabila dapat merasai pengalaman individu nombor satu Amerika Syarikat, Barack Obama secara tidak sengaja telah memeriahkan majlis resepsi perkahwinan mereka tanpa perlu diberikan undangan rasmi.

Kebetulan yang cukup indah itu berlaku ketika Obama sedang bermain golf di Torrey Pines Golf Course, San Diego, yang mana merupakan venue berlangsungnya majlis bahagia pasangan Tobe itu.

Menyedari Obama di situ, Stephanie yang teruja terus mara ke arah presiden yang kemudiannya sempat bergambar dengan mereka.

Malah Obama juga sempat berseloroh agar Brian tidak sesekali memijak gaun pengantin isterinya itu.

Kalau diikutkan bukanlah Obama ‘crash’ wedding pasangan Tobe, sebaliknya mereka yang ‘crash’ Obama yang ketika itu sedang leka bermain golf kan?

Tapi apa-apa pun, berjumpa Obama di hari perkahwinan pastinya akan menjadi kenangan terindah dalam hidup Brian dan Stephanie.

Nanti-nanti bolehlah bercerita pada anak yang Presiden pun hadir majlis kahwin mereka, hehe.. – MYNEWSHUB.CC


obama1

obama2

obama3

obama4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori