SEPANG – Penunggang pasukan Red Bull KTM Ajo, Miguel Oliveira dinobatkan sebagai juara Grand Prix Motosikal Malaysia 2015 di Litar Sepang di sini hari ini.
Penunggang Portugal itu mencatat masa 40 minit, 32.277 saat.
Rakan sepasukannya, Brad Binder dari Afrika Selatan hanya ketinggalan 0.089s di belakangnya dan penunggang Sepanyol, Jorge Navaro daripada pasukan Galicia 0,0, menduduki tempat ketiga, ketinggalan 0.273s daripada pemenang.
Penunggang Malaysia Zulfahmi Khairuddin yang mewakili pasukan Drive M7 SIC gagal menamatkan perlumbaan itu selepas melengkapkan lima daripada 18 pusingan. – BERNAMA