Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Inspektor Polis Sabit Rasuah...

KUALA TERENGGANU - Seorang Inspektor polis dijatuhi hukuman penjara berjumlah enam tahun dan...

Sesak Teruk Sebab Eira...

TIADA perasaan yang dapat digambarkan oleh pelakon Azad Jazmin selain bersyukur kehadrat Ilahi...

Tindakan Tegas Jika Cetus...

SHAH ALAM - Polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menimbulkan kekecohan...

Kebakaran Belukar Di Australia...

SYDNEY - Pihak berkuasa Australia menggesa suku juta penduduk meninggalkan kediaman masing-masing dan...

Operasi Cari Guru Besar Diteruskan Dengan Bantuan PGA

KUALA KUBU BHARU – Operasi mencari dan menyelamat guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, 53, yang hilang sejak tujuh hari lepas di Taman Seri Seruling di sini diteruskan dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) Sungai Perak Bidor, Perak.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata kira-kira 15 anggota PGA terlibat membantu dalam operasi memasuki hari keempat hari ini, yang tertumpu di Kampung Orang Asli Buluh Telur di sini.

“Operasi yang berkeluasan tiga kilometer radius hari ini akan diteruskan dengan bantuan PGA Sungai Perak yang mempunyai kepakaran dalam hutan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Seramai 69 orang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Renjer Hutan, Pegawai Pendidikan Daerah, dan penduduk kampung terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat yang bermula 9 pagi ini, katanya.

Supramaniam berkata pencarian hari ini turut melibatkan Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM selain mencari di pondok-pondok kosong berhampiran kebun getah.


Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga pukul 7 malam mengikut keadaan cuaca.

Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada petang Jumaat dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di rumah.

Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori