Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Jadi Suami Isteri Tak...

KUBANG PASU - Kisah pasangan pengantin baharu yang bergelar suami isteri tidak sampai...

Bekas Pengerusi NGO Mengaku...

JOHOR BAHARU - Bekas Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Cawangan Maokil 2,...

Tuanku Muhriz Berkenan Rasmi...

JEMPOL - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan merasmikan...

Astro Jamin ‘GGV’ Patuh...

PIHAK Astro akan memastikan program Gema Gegar Vaganza (GGV) mematuhi dan menghormati batasan-batasan...

Operasi Pembenihan Awan Ditangguhkan Hari Ini

KUALA LUMPUR – Operasi pembenihan awan ditangguhkan hari ini selepas tiada kawasan di negara ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat bagi tempoh 72 jam berturut-turut.

Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Maznorizan Mohamad berkata jabatan itu akan melakukan operasi pembenihan jika keadaan jerebu mencatatkan bacaan IPU tidak sihat melebihi 101 dalam tempoh 72 jam atau 3 hari berturut-turut.

Operasi Pembenihan Awan

“Kali terakhir operasi pembenihan awan dilakukan kelmarin di Lembah Klang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Operasi pembenihan awan biasanya dilakukan dengan mengambil kira faktor keadaan awan, atmosfera yang sesuai dan stabil selain udara lembap di kawasan yang dilanda jerebu.

Sementara itu, keadaan jerebu di seluruh negara semakin reda dengan tiada kawasan mencatatkan IPU tidak sihat, sebaliknya 38 kawasan merekodkan tahap IPU sederhana setakat 4 petang ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori