Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

3 Wanita Thailand Mangsa...

BUTTERWORTH - Tiga wanita warga Thailand berjaya diselamatkan polis dari terus menjadi mangsa...

Penyokong JDT Curi Tiang...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas dakwaan Persatuan...

Terjemahan Sidang Media Shafee...

TERJEMAHAN SIDANG MEDIA TS SHAFEE ABDULLAH BERKAITAN RAYUAN KES SRC PADA 5 APRIL...

Liek Hou Jadi Juara...

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki badminton para negara, Cheah Liek Hou membuktikan dia berada...

Orang Jadi Muflis Pun Salah Kerajaan?

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa kerajaan perlu dipersalahkan berikutan pendedahan Jabatan Insolvensi Negara seramai 5,547 individu berusia bawah 35 tahun muflis pada tahun lalu.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, sistem ekonomi Malaysia yang menyebabkan ramai golongan muda dalam negara menjadi muflis kerana terpaksa membuat banyak hutang.

“Kita tidak sepatutnya mempersalahkan golongan muflis ini, kerana seperti yang dikatakan di dalam laporan tersebut, keadaan terjadi sebegitu akibat mereka mencuba untuk menceburi sesuatu bisnes atau terpaksa berhutang.

“Jabatan Insolvensi Negara juga mengaku ramai golongan muda dibebankan oleh hutang pelajaran dan juga perbelanjaan seperti pengangkutan dan tempat tinggal,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Nik Nazmi mendakwa kononnya golongan muda negara perlu melakukan perubahan politik jika mahu mengelakkan lebih ramai daripada mereka menjadi muflis.


Beliau membayangkan sistem ekonomi Malaysia akan dirombak sepenuhnya oleh Pakatan Harapan jika berjaya merampas kerajaan Pusat daripada Barisan Nasional (BN).

“Kita perlu merombak semua ekonomi negara dan memberi fokus kepada perkhidmatan dan modal insan, mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunan serta produktiviti,” dakwanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori