Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Adik Muhammad Naufal, Terus...

SEDANG kita kalau demam beberapa hari pun sudah tidak berdaya, inikan pula tujuh...

Memaksa Diri Berlari Untuk...

KUALA LUMPUR - Suasana gym masih senyap. Belum ada bunyi orang berlari di...

Suami Isteri Beri Keterangan...

GEORGETOWN - Pasangan suami isteri yang mempamerkan karikatur wajah pemimpin komunis di restoran...

Jangkitan Virus, Gastritis: Sultan...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah dimasukkan ke...

Jumlah Pakar Bius Dijangka Meningkat Sekali Ganda

KUALA LUMPUR – Jumlah pakar bius di Malaysia dijangka meningkat sekali ganda dalam tempoh 10 tahun daripada 408 orang ketika ini sebaik universiti tempatan mampu melahirkan lebih banyak pakar dalam bidang ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata walaupun jumlah pakar bius masih kurang di negara ini, usaha tetap dibuat bagi memastikan kepakaran itu mencukupi di kawasan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak dengan menyediakan latihan kepada pegawai perubatan di situ.

“Ketika ini, kita juga ada lima universiti yang mengadakan program sarjana anestesiologi. Setakat 31 Dis 2014, kita mempunyai 408 pakar bius tapi saya percaya ia mampu naik sekali ganda dalam masa 10 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Anestesia Sedunia peringkat kebangsaan, anjuran Jabatan Anestesia dan Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Ia diadakan bagi mendedahkan kepentingan khidmat pakar bius dan pelbagai cabang dalam anestesia yang menjdi pemangkin perubahan dalam bidang perubatan. — LAGI

Dr Hilmi berkata walaupun masih kekurangan pakar bius, jumlah bilik bedah meningkat kepada 449 serta tambahan 58 lagi yang dilakukan tahun lepas bagi mengurangkan masa menunggu untuk pembedahan.


Langkah juga diambil untuk melanjut atau memanjangkan tempoh waktu pembedahan elektif dengan pasukan bedah turut melakukannya pada Sabtu, katanya.

“Inisiatif ini dilakukan sejak 2008 dan sehingga kini 33 hospital diberikan kebenaran berbuat demikian dan mereka melakukan sebanyak mana yang mampu terutama yang mempunyai banyak kes.

“Skim Pesakit Bayaran Penuh dengan kos pembedahan pada harga mampu turut diperkenalkan untuk mengurangkan waktu menunggu bagi pembedahan elektif,” katanya.

Dr Hilmi berkata bagi pengurusan dewan bedah (OT) yang cekap dan berkesan, pengurus OT turut dilantik dan dilatih setiap tahun untuk menyelaraskan aktiviti khususnya dalam mengurangkan kadar pembatalan pembedahan elektif. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]fAhhd8H9Xsw[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • pakar

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori