KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan akan menghantar wakil ke Tunisia bagi mempelajari insiden `Arab Spring’ di negara itu yang berjaya menggulingkan Presiden, Zine El Abidine Ben Ali melalui demonstrasi jalanan.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, wakil terbabit termasuk dirinya, Teresa Kok, Sim Chee Keong, Zairil Khir Johari, Liew Chin Tong dan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub.
“Kami akan melawat Tunisia untuk mempelajari daripada pengalaman mereka.
“Pertempuran untuk keadilan, kebebasan dan martabat manusia Pakatan Harapan bukan sahaja untuk Malaysia tetapi pertempuran untuk keadilan, kebebasan dan martabat manusia,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kit Siang berkata, Pakatan Harapan mahu mempelajari `Arab Spring’ di Tunisia kerana ia berjaya menyebabkan peralihan politik dengan lebih aman berbanding di Libya, Mesir dan Yemen.
Demonstrasi jalanan secara besar-besaran yang digelar barat sebagai `Arab Spring’ di benua Arab termasuk Tunisia beberapa tahun lalu berjaya menggulingkan pemerintah tertinggi di negara masing-masing. – mynewshub.cc
https://www.youtube.com/watch?v=wswm2IS9y-k