Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Pengantin Saudi Ini Berkasut...

RIYADH - Jika sebahagian besar masyarakat Arab Saudi ingin terus mengekalkan warisan tempatan...

Kajol Minat Berlakon Filem...

KUALA LUMPUR – Ratu Bollywood, Kajol Ajay Devgan tidak menolak tawaran untuk berlakon...

MUDA Nafi Sumbangan Banjir...

PETALING JAYA : Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul...

6 Penuntut UPNM Mengaku...

KUALA LUMPUR - Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah...

Pampers Anak Penuh Najis Tinggal Kat Lokasi Pelancongan!

SUDAHKAH anda membaca mengenai ‘Mossy Forest’ atau ‘Hutan Berlumut’ di Gunung Brinchang, Pahang yang terkenal dengan flora eksotik dan lumut yang tumbuh subur bak  permaidani tetapi terpaksa ditutup untuk jangka masa panjang kerana masalah sampah-sarap?

Kalau tidak, klik di sini.

Persoalannya kini, dari mana datangnya sampah sarap yang begitu banyak di kawasan itu sehingga ia perlu ditutup berbulan-bulan?

Tak perlu fikir jauh untuk jawapan kerana sudah tentu pada pelancong tempatan atau rakyat kita sendiri.

Jangan cuba menyalahkan pelancong asing kalau pun nak jadi hero.

Bak kata salah seorang pemandu pelancong, K. Subramaniam, 65, rakyat Malaysia sendiri yang memetik dan memusnahkan tumbuh-tumbuhan di kawasan itu.

“Mereka tidak mendengar nasihat kami, berbeza dengan pelancong dari benua Eropah dan rantau Timur Tengah.

“Kadang-kadang, orang asing juga membantu membersihkan tong sampah,” katanya.

Sorry to say, tetapi sebahagian masyarakat kita ini terlalu mementingkan diri.

Masalah sampah di ‘Mossy Forest’ bukan isu terpencil.

Lihat la di semua lokasi pelancongan (yang bukan lokasi pelancongan dan tepi-tepi jalan apa semua tak payah nak cerita pun la).

Datang melawat satu keluarga, nak balik, pampers anak penuh taik akan ditinggalkan begitu sahaja di tempat yang kononnya dilawati sebab ia cantik.

Bodoh ke apa…

Sampah lain tak payah cerita la.

Benda macam puntung rokok macam dah takda kisah langsung. Bekas makanan polistrine lepas piknik beramai-ramai cam lumrah aje dibiarkan. Kotak rokok, plastik jajan…macam-macam lagi.

Tanpa rasa bersalah akan ditinggalkan begitu sahaja.

Sebenarnya, orang-orang seperti ini sepatutnya pergi melancong ke pusat-pusat pembuangan sampah seperti di Kepong atau yang sama waktu dengannya.

Sebab apa perlu melawat tempat yang cantik tetapi tak reti menghargai atau memahami bahawa tempat seperti itu perlu kekal cantik dan sebab itu tak boleh ada sampah sarap?

Takkan tak boleh faham orang lain yang datang melancong pun nak menikmati pemandangan serta keindahan alam dan bukannya pampers penuh taik anak anda!

Anda dah puas tengok…so cukup? Orang lain tak payah menghayati keindahan pulak ke?


Kalau dah benggap sangat, tolong la melawat loji najis atau tempat pembuangan sampah sahaja kerana di sana jiwa dan perangai anda sesuai dengan tabiat buruk anda!

Tolong la jangan beri alasan seperti tong sampah takda apa semua yea.

Kalau tong sampah takda, kutip dulu sampah-sarap anda, simpan sekejap dan buang la bila dah jumpa tong sampah.

Apa salah kalau anda himpun semua sampah anda dalam satu beg plastik dan buang bila dah bawak balik?

sampah 2

Bersama-samalah dalam menjaga keindahan negara kita ini.

Namun yang dilihat, sikap tak sekolah dan bodoh yang tak bertempat.

Apa yang berlaku adalah cerminan sikap pengotor rakyat kita yang semakin lama semakin teruk.

Di pihak kerajaan dan kementerian berkenaan pun takda sebarang kempen atau program bagi mendidik mengenai kepentingan kebersihan dilakukan.

Pendidikan sivik sudah lama ditamatkan di sekolah-sekolah menjadikan warga pelajar pun tidak reti apa itu maksud kebersihan.

Semua ini terbuku dan lama-lama menjadi satu tabiat serta budaya yang meluas dalam masyarakat kita.

Buat apa cerita hendak jadi negara maju, berpendapatan tinggi kalau IQ dan sikap rakyat adalah rendah?

Lihat Jepun, ia maju dari segi kebendaan dan mentaliti rakyatnya terutama dari segi kebersihan juga begitu maju dan tinggi.

Malaysia pula seolah-olah begitu asyik mengejar kemajuan material sehingga kemajuan sivik hampir lumpuh!

‘Mossy Forest’ adalah contoh simbolik betapa kroniknya masalah kesedaran kebersihan dan sivik rakyat kita yang tidak diambil pedulik oleh sesiapa pun, baik kerajaan mahupun masyarakat sendiri.

Sekali lagi, ‘Mossy Forest’ bukan contoh terpencil tetapi gambaran sikap pengotor rakyat kita yang mana sampaikan tempat alam sekitar yang indah pun dipenuhkan dengan  sampah-sarap.

Justeru tertanya la…untuk apa rakyat kita pergi melancong?

Oleh: Satu Hala

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori