Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

270,000 Set Dekoder MYTV...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 270,000 set dekoder percuma di bawah Projek Pendigitalan Penyiaran...

Korea Utara: Siasatan Rakaman...

KUALA LUMPUR - Polis tidak akan menyiasat rakaman video seorang lelaki yang mendakwa...

Jambu Air Hendak Diseludup...

PADANG BESAR - Penguatkuasa Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 2.5 metrik...

Polis Sarawak Rampas Dadah,...

KUCHING - Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah disyaki syabu seberat 11...

PAN Sokong TPPA Jika Beri Manfaat

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) memberi jaminan tidak akan membantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) jika ia mendatangkan keuntungan kepada negara dan rakyat.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Abd. Samad berkata, PAN berasa bimbang TPPA hanya mendatangkan keuntungan jangka masa pendek kerana menambahkan kebergantungan negara kepada sumber hasil tertentu.

“Segala usaha untuk mengembangkan kemampuan sektor swasta dan awam dalam bidang lain demi menerokai sumber hasil baru akan tercantas dari awal melalui perjanjian ini.

“Oleh itu kesan jangka pendek dan jangka panjang perjanjian sebegini perlu dikaji dengan penuh teliti,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Khalid bagaimanapun berkata, PAN mengalu-alukan jaminan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk membawa setiap aspek perjanjian ini untuk dibahas di Parlimen sambil menjamin tempoh yang memadai untuk perbahasan itu.

“PAN menyambut baik kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bahawa Perjanjian TPPA walaupun telah dipersetujui, namun tidak akan ditandatangani sebelum mendapat persetujuan Parlimen dan semua pihak berkepentingan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori