Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Keluarga Mangsa Tragedi Double...

KOTA KINABALU : Keluarga mangsa pesawat terhempas dalam Tragedi Double Six yang berlaku...

5 Tahun Derita, Gunting...

ANKARA - Seorang wanita di Turki menyaman doktor dan sebuah hospital di sini...

Tiada Kes Penyakit Rabies...

PUTRAJAYA - Tiada kes penyakit anjing gila atau rabies baharu yang dilaporkan, kata...

AES Berjaya Kurangkan Kemalangan...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berjaya mengurangkan kemalangan maut dan...

PAN Yakin Dapat 100,000 Ahli Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) yakin parti itu akan mempunyai seramai 100,000 ahli menjelang tahun 2016.

Kenyataan itu secara tidak langsung dilihat sebagai satu tamparan kepada PAS memandangkan majoriti yang menyertai PAN merupakan ahli PAS.

Malah, Setiausaha PAN, Mohd. Anuar Tahir berkata, PAN kini sedang pun memproses lebih 50,000 permohonan keahlian.

“Hari ini genap 44 hari PAN berada dipersada politik tanah air. Setakat hari ini, PAN sedang memproses lebih 50,000 permohonan keahlian.

“Bagi kami, ia satu jumlah yang sangat membanggakan sekali gus menunjukkan sambutan dan minat yang amat tinggi masyarakat terhadap PAN,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Mohd. Anuar turut memaklumkan, PAN telah berjaya mendapatkan sebuah pejabat operasi di Jalan Sri Utara, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur yang digelar sebagai Wisma Amanah Negara.

Katanya, PAN turut membuat perlantikan tiga anggota jawatankuasa untuk portfolio utama iaitu Khalid Abdul Samad sebagai Pengarah Komunikasi, Dr. Dzulkefly Ahmad (Pengarah Strategi) dan Dr. Mohd Hatta Ramli (Pengarah Pilihan Raya).

“Selain itu, kita juga telah bersetuju melantik Wan Aishah Wan Ariffin ke Jawatankuasa Amanah Nasional sebagai mewakili golongan seniman,” katanya.

Beliau turut memaklumkan beberapa pimpinan PAN termasuk Presidennya, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub mengadakan kunjungan hormat ke atas pemimpin pergerakan Islam antarabangsa untuk memperkenalkan PAN. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori