Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Selidik Kesahihan Maklumat Elak...

KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini perlu menyelidik kesahihan setiap maklumat...

“Dakwa Saya, Keluarga, Bekas...

JOHOR BAHRU – Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini...

SSM Siasat Pelaburan Solar...

SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara...

Penduduk Tidak Mampu Beli...

GEORGE TOWN - Lebih daripada 10 projek perumahan yang sedang dibangunkan di kawasan...

Pandikar Tuntut Kit Siang Mohon Maaf Tuduhan Salah Guna Kuasa

KUALA LUMPUR – Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menuntut anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang membuat permohonan maaf tanpa syarat ekoran kenyataannya menuduh beliau menyalah guna kuasa sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat serta cuba mensabotaj siasatan mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Pandikar Amin, sekiranya Lim tidak membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu, tindakan akan diambil terhadap beliau.

“Kalau Gelang Patah (Lim) tidak minta maaf tanpa syarat pada saya, tak tarik balik (kenyataan), maka satu usul akan dibuat. Jadi minta disampaikan kepada Gelang Patah, bila tiba masanya nanti, tarik balik,” katanya.

Pandikar Amin mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyampaikan keputusannya itu selepas meminta laluan daripada Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) yang sedang membahaskan Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015.

Semalam, Lim ketika mencelah hujah Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) berhubung tafsiran Peraturan Mesyuarat 77(3) mengenai prosiding mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ketika ketiadaan pengerusi atau naib pengerusinya, berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat itu telah menggunakan kuasanya untuk menangguhkan mesyuarat PAC, sedangkan kuasa itu tidak dinyatakan dalam mana-mana Peraturan Mesyuarat.

“Tidak ada peruntukan beri kuasa kepada Tuan Yang Dipertua untuk berhentikan satu jawatankuasa khasnya PAC daripada bermesyuarat.


“Adakah Yang Berhormat Sepang bersetuju ini satu salah guna kuasa Tuan Yang Dipertua yang tidak patut berlaku dan ini merupakan satu sabotaj penyiasatan 1MDB,” kata Lim.

Selain itu, Pandikar Amin turut memperjelaskan laporan media yang dibuat Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung cadangan untuk memfailkan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri di Dewan Rakyat kali ini.

Dalam isu itu, Pandikar Amin mengingatkan bahawa sebarang usul sepatutnya dibuat 14 hari sebelum sidang mesyuarat bermula bagi membolehkannya dipertimbang dan diterima masuk pada sesuatu sesi mesyuarat.

“Jadi jika usul itu difailkan sekarang, ia mungkin hanya diterima masuk pada sesi mesyuarat akan datang, jadi jangan salahkan saya kalau usul itu tidak diterima pada mesyuarat kali ini,” katanya yang turut menuntut kefahaman daripada pihak pembangkang agar tidak mempolitikkan keputusan itu kelak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori