Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MP Klang Saman PM,...

Penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago, memohon perintah mahkamah untuk menghentikan pilihan raya umum...

Boleh Kongsi Maklum Balas...

KUALA LUMPUR - Orang ramai kini boleh berkongsi pandangan dan maklum balas mengenai Proklamasi Darurat...

4 Sekeluarga Maut, Kereta...

EMPAT sekeluarga termasuk dua kanak-kanak maut apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan...

Pondok Usang ‘Mahligai’ Dua...

PONDOK kecil dan usang tanpa sebarang kemudahan asas di ladang getah, Gual Mesa,...

Parlimen Kecoh, Pembangkang Guna Gas Pemedih Mata

PRISTINA – Wakil rakyat pembangkang Kosovo melepaskan gas pemedih mata pada persidangan Parlimen untuk menggagalkan proses pengundian berkaitan Serbia.

Secara tiba-tiba dewan persidangan dipenuhi asap selepas dua kali gas berkenaan dilepaskan seorang Ahli Parlimen pembangkang.

Insiden menyebabkan Speaker Parlimen terpaksa menangguhkan sesi itu.

Wartawan agensi berita AFP yang berada di lokasi kejadian berkata, wakil rakyat pembangkang itu dilihat membuka tin gas pemedih mata sebelum melepaskannya.

Selepas beberapa jam, pihak pembangkang sekali lagi menghalang Parlimen bersidang apabila mengulangi perbuatan sama, kali ini di dewan perhimpunan.


Susulan insiden itu, seramai 100 anggota polis dibawa masuk untuk memisahkan wakil-wakil rakyat pembangkang daripada ahli parlimen kerajaan dalam suasana penuh tegang.

Tindakan sabotaj itu bagi menghalang dialog dan persetujuan tajaan Kesatuan Eropah dengan Serbia terutamanya berhubung penubuhan majlis perbandaran yang diuruskan penduduk Serb sekali gus memberikan lebih autonomi kepada minoriti Serb di Kosovo. – AFP

[wpdevart_youtube]Qrcfj6XV2F0[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori