Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Intan Janji Macam-Macam Sebelum...

Kamal Adli mendedahkan, seminggu sebelum berpisah, mantan kekasihnya, Intan Ladyana banyak melafazkan janji...

Tak Sebelah Sesiapa, Uqasha-Zizan...

MASIH lagi belum selesai kontroversi ekoran pelancaran koleksi hijab Be Lofa by Naelofar...

Saintis Mati Dalam Kolam...

JAKARTA - Seorang pakar haiwan ditemui mati dipercayai akibat dibaham seekor buaya bersaiz...

Tuan Rumah Terkejut Jumpa...

SEBUAH keluarga yang tinggal di Kampung Ulu Dulang, Yan, Kedah gempar dengan penemuan...

`Parti Amanah Negara For All’

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) memberi jaminan akan menjadi sebuah parti politik yang benar-benar menzahirkan kemulian akhlak Islam untuk semua.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Abd. Samad berkata, kemulian akhlak Islam akan dizahirkan untuk memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan.

“Kami yakin ini dapat kami lakukan bersama pemerintahan yang berpaksikan prinsip keadilan dan demokratik seperti yang diperjuangkan Pakatan Harapan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

PAN diwujudkan oleh bekas pemimpin PAS pro-Pakatan Rakyat yang disingkirkan dalam pemilihan parti itu pada Jun lalu.

Bekas pemimpin PAS terbabit didakwa cenderung untuk bersengkongkol dengan DAP dalam beberapa isu sensitif termasuk membabitkan aspek akidah.


Tindakan PAN membawa ramai penyokong PAS menyertai parti baharu tersebut dikecam pemimpin PAS kerana dianggap sebagai satu pengkhianatan ke atas Islam.

PAN turut membentuk kerjasama baharu bersama DAP dan PAN dalam Pakatan Harapan yang ditubuhkan semata-mata untuk menumbangkan UMNO. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori