Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Soo Wincci Akui Sunyi...

RAMAI rakan selebriti seangkatan dengannya telah pun melangkah ke fasa baharu iaitu alam...

Harga Seekor Ayam RM30...

KOTA BHARU - Segelintir peniaga ayam di Pasar Siti Khadijah di sini mengambil...

[RASMI] Rafizi Menang, Pandan...

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PH) mempertahan kerusi Parlimen Pandan menerusi kemenangan calonnya,...

Pengawal Jong-un Jadi Perhatian...

SINGAPURA - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un tiba di Singapura dengan diiringi konvoi...

PAS Minta Jangan Layan Tohmahan Ke Atas Hadi

KUALA LUMPUR – PAS meminta orang ramai terutama ahli dan penyokong parti itu tidak melayan sebarang tohmahan buruk yang dilemparkan ke atas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, tohmahan itu tidak perlu dilayan kerana Abdul Hadi didakwa tersenarai dalam kalangan 500 individu muslim paling berpengaruh di dunia.

“Nyata sekali orang orang Islam khususnya di Malaysia perlu menggunakan kesempatan terbaik penerimaan dan penghormatan dunia Islam terhadap Abdul Hadi ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Hadi sering menjadi sasaran kecaman parti DAP termasuk pernah digelar sebagai pengkhianat dan penipu berikutan tindak tanduknya yang tidak selari dengan pendirian DAP.


Antaranya pendirian PAS melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan ditentang hebat DAP yang menganggap Abdul Hadi cuba mewujudkan undang-undang kuno dalam negara.

Kemuncak kepada kemelut kedua-dua parti itu apabila beberapa bekas pemimpin PAS bertindak meninggalkan parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) untuk terus bersengkongkol dengan DAP dalam agenda politik mereka. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori