Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

2,875 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu Covid-19 terus meningkat dengan 2,875 kes direkodkan...

Bot Tempatan Guna Nelayan...

JOHOR BAHRU - Kegiatan licik nelayan asing menangkap ikan secara haram menggunakan bot...

Akhirnya Anwar Senyum Salam...

CERIA... Suatu ketika dahulu, mereka tegang 'berlawan' di mahkamah yang menyaksikan Datuk Seri...

Mukhriz Mahathir Cadang Kerajaan...

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menurunkan kadar...

Pasangan Sejenis Buat Kenduri Kahwin, Jemput Orang Kampung

SEMATA-MATA mahu ‘feeling feeling’ berkahwin seperti pasangan lain, pasangan sejenis di Boyolali, Jawa Tengah, Indonesia telah mencetuskan kontroversi, semalam.

Kedua-dua mereka yang direkod jantina sebagai lelaki dalam kad pengenalan, dikatakan berdegil melangsungkan majlis persis majlis perkahwinan yang biasa berlangsung di Desa Cluntang dan turut menjemput penduduk setempat.

1334379laki-laki-dan-waria780x390

Pada majlis tersebut, Dumani Alias mengenakan persalinan pengantin lelaki manakala pasangannya yang dikenali sebagai Ratu Airin Karla berpakaian pengantin perempuan Jawa lengkap dengan sanggul dan hiasan bunga melati.

Majlis yang dihadiri itu turut menyaksikan adat bersanding dijalankan seperti di majlis perkahwinan lain malah kain rentang bertulis “Tasyakuran Bersatunya Ratu Airin Karla dan Dumani, Mohon Doa Restu” turut digantung selain dimeriahkan dengan muzik dangdut.

Pemerintah setempat bagaimanapun menjelaskan, tidak ada majlis pernikahan sesama jenis pernah diberikan keizinan kerana ianya secara terang-terangan melanggar adat dan budaya meskipun “pengantin perempuan” pernah membuat permohonan.


Justeru, majlis tersebut dikatakan sekadar meraikan pasangan itu di kalangan tetamu yang mereka kenal dan bukannya majlis pernikahan.

Orang kampung pula didakwa bergotong royong memasak dan hadir sebagai tanda muhibah semata-mata meskipun ada yang tidak setuju. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=nyBgOezZM_4

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori