Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Emma Maembong Nafi Cuba...

PELAKON Emma Maembong menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kononnya dia cuba mengambil...

HSS Engineering Dilantik PMC...

PETALING JAYA : Syarikat usaha sama HSS Integrated Sdn. Bhd. (HSSI) dan HSS...

Raja Farah Nikah Esok,...

SUDAH tiada jodoh.. demikian yang berlaku antara pelakon Raja Farah dan Megat Bashirun Qhuyum...

Munafik.. Naskhah Seram Dan...

SETELAH hampir dua tahun menyepikan diri dari bidang pengarahan, Syamsul Yusof kembali dengan...

PDRM Nafi FBI Sedang Siasat Najib, 1MDB

KUALA LUMPUR – “Mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pengesahan dinasihati berhubung terus dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Washington”.

Demikian tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung penyebaran maklumat di media sosial kononnya FBI sedang menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau dalam kenyataannya semalam yang menafikan perkata itu menyebut, PDRM tidak pernah menerima sebarang pemaklumkan berhubung dakwaan siasatan yang kononnya dijalankan oleh FBI berkenaan.

“Agensi terbabit (FBI) juga tidak memohon untuk mendapatkan sebarang bentuk bantuan daripada PDRM berhubung perkara yang sama,” tegasnya lagi.


Beberapa media propembangkang sebelum ini melaporkan kononnya FBI Amerika Syarikat membuka kertas siasatan terhadap Najib dan 1MDB berhubung dakwaan pengubahan wang haram.

Mereka mendakwa FBI memulakan siasatan selepas seorang bekas ahli parti pemerintah ditangkap sebelum berlepas ke AS di mana beliau merancang membuat aduan polis dan mendesak agensi penguat kuasa AS menyiasat 1MDB mengenai pengubahan wang haram. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori