Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pendapatan Ronaldo Paling Tinggi

London - Cristiano Ronaldo kini menjadi atlet berpendapatan paling tinggi di dunia selepas...

RM276 Juta Bina 7...

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM276 juta bagi pembinaan tujuh fasiliti sukan di...

Pemandu, Kelindan Lori Maut...

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu dan kelindan sebuah lori terbunuh selepas kenderaan yang...

Zulkifli Dilantik Sebagai Anggota...

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri...

Pebble Time Round, Jam Pintar Dengan Rekaan Skrin Bulat

PEBBLE sebelum ini telah memperkenalkan dua jam tangan pintar melalui kempen yang diadakan di laman Kickstarter.com.

Kini, mereka memperkenalkan produk terbaru, iaitu sebuah jam tangan pintar dengan rekaan skrin bulat berbanding rekaan lama yang bersegi.

Seperti sebelum ini, jam tangan pintar ini menyokong kedua-dua platform Android dan iOS.

Pra-tempahan untuknya akan dimulakan hari ini, dan pengguna dijangka akan menerimanya sekitar bulan November kelak.

Dinamakan sebagai Pebble Time Round, ia membawakan rekaan yang nipis, dan sedikit ringan berbanding keluaran sebelum ini.

pebble-time-round_03

Pebble menawarkan dua variasi tali jam, iaitu dalam pilihan 14mm dan juga 20mm di mana pengguna boleh memilihnya berdasarkan kepada saiz tangan mereka.


Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang agak mendukacitakan adalah masa penggunaan jangka hayat baterinya.

Pebble sebelum ini terkenal dengan penawaran masa penggunaan bateri sehingga hampir seminggu, tetapi Pebble Time Round ini hanya sekadar menawarkan masa penggunaan selama 2 hari sahaja.

pebble-time-round_02

Mereka mengatakan pengguna boleh mengecas ia dalam masa 15 minit untuk penggunaan selama 24 jam.

Jam pintar ini sedia ditempah melalui laman Pebble.com pada harga USD249 (RM1,090) bermula hari ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori