Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Saingi China, AS Mulakan...

AMERIKA Syarikat akan memulakan satu siri inisiatif pelaburan di Asia dalam bidang ekonomi...

Lima RTC Dikekalkan, Enam...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengesahkan lima Pusat Transformasi Luar...

Banjir: Empat Kes Penyakit...

PUTRAJAYA – Sebanyak empat kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari...

Ini Rahsia Kenapa Lambakan...

KUALA TERENGGANU - Lambakan udang di Pasar Dungun adalah disebabkan daerah itu mempunyai...

Pegawai, Penguatkuasa PBT Direman Kes Rasuah Rumah Urut

PUTRAJAYA – Seorang pegawai pelesenan dan sembilan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor antara 11 yang direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah lesen projek rumah urut di kawasan Lembah Klang.

Seorang orang awam yang dikatakan bertindak sebagai orang tengah antara penguatkuasa dan pemilik rumah urut turut direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapatkan perintah reman itu yang dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini, bermula hari ini terhadap kesemua lelaki berumur antara 30-an hingga 50-an.

Menurut pegawai SPRM, perintah reman itu bertujuan membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a), Akta SPRM 2009 iaitu meminta atau menerima rasuah.

Katanya kesemua suspek ditahan di pejabat mereka pada pukul 9 pagi semalam ketika sedang bertugas.


Orang tengah terbabit yang juga disyaki mempunyai rumah urut sendiri, ditahan di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi semalam.

Menurut pegawai SPRM, penahanan kesemua suspek berdasarkan hasil risikan selama hampir setahun, dengan nilai suapan disyaki antara RM200 hingga RM30,000.

Semua suspek disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori