Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Semua Keluarga Bersama Putuskan...

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari...

VIDEO: Lelaki Suruh ‘Awek’...

LAWAK gila!Video seorang lelaki cuba menenangkan awek-nya sebelum mencuba permainan ekstrem dipanggil G-Max namun berakhir dengan...

Parkir Kondo Terbakar, Porsche...

SUNGAI BULOH - Sebanyak 33 kereta dan satu motosikal berkuasa tinggi musnah terbakar...

Permit Bazar Ramadan MBPP...

GEORGETOWN : Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membuka permohonan kepada individu yang berminat...

Peguam Dakwa Polis Ugut Suspek Pembunuhan

BANGKOK – Peguam bela dua rakyat Myanmar yang didakwa membunuh dua pelancong Britain di sebuah pulau peranginan di Thailand menuduh polis mendera anak guamnya.

Nakhon Chompuchat mendakwa, polis memukul, mendera serta mengancam ‘menghilangkan mereka’ bagi mendapatkan pengakuan tertuduh.

Tuduhan polis Thailand mendera tertuduh dalam sesuatu kes untuk mendapatkan pengakuan mereka bukan perkara baru.

Dalam satu wawancara dengan The Associated Press, Nakhon memberitahu secara terperinci mengenai peras ugut, ancaman dan keganasan fizikal yang dialami tertuduh.

Polis Thailand sebelum ini sering menafikan kedua-dua tertuduh, Wai Phyo dan Zaw Lin didera.

Perbicaraan pembunuhan David Miller, 24, dan kekasihnya, Hannah Witheridge, 23, berakhir kelmarin.


Nakhon berkata, hakim memberi masa sehingga 26 Oktober ini untuk dia dan pendakwa raya menyampaikan hujah penggulungan sebelum keputusan dibuat pada 24 Disember.

Mayat pasangan itu yang cedera dipukul dijumpai pada 14 September tahun lalu di pantai di pulau Koh Tao.

Bedah siasat mendapati mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan Hannah juga dirogol. – AP/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori