Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mat Redho, Anak Malaysia...

EMPUNYA nama Mat Redho secara tiba-tiba menjadi sebutan rakyat Malaysia setelah video aksinya...

Banjir: 47 Dipindahkan Di...

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Kuala Terengganu meningkat kepada 47 orang...

Keselamatan Perjalanan Kotak Undi...

ROMPIN - Keselamatan 'perjalanan' Borang 14 yang mengandungi jumlah undi sesebuah pusat pengundian...

Warga KKMM Perlu Siap...

KUALA LUMPUR - Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) perlu membuat persiapan rapi...

Peguam Dakwa Tun M Sebagai ‘Bapa Perosak Negara’

BAGI netizen tempatan khasnya penyokong kerajaan, nama Ahmad Shuaib Ismail bukanlah asing dalam media sosial sejak akhir-akhir ini terutama jika timbul isu besar yang melibatkan topik hal ehwal politik tanah air.

Peguam ini boleh dianggap seumpama Yuktes Vijay versi Melayu kerana kelantangan beliau mempertahankan kepimpinan negara kita daripada dihina oleh pihak tertentu khususnya penyokong tegar parti pembangkang.

Ada kalanya mesej yang disiarkan menerusi Facebook beliau agak pedas, mungkin kerana latar belakang sebagai pengamal undang-undang kena bersuara vokal; tetapi itulah keunikan Ahmad Shuaib tetap juga Ahmad Shuaib.

Beliau masih ada ribuan peminatnya tersendiri menerusi alam maya yang sentiasa menunggu apa sahaja posting terbaharu waima berbaur kontroversi bagi mengulas apa-apa isu semasa lebih-lebih lagi bab politik tempatan.

Terkini, pada Rabu di sebalik kesibukan tugas hakiki, Ahmad Shuaib mencetuskan sensasi di media sosial apabila memuat turun video rakaman dirinya sendiri bercerita pasal bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sambil menyelar negarawan tersebut, beliau dengan berani menggelar secara terbuka bekas Presiden UMNO dan Pengerusi BN itu sebagai Bapa Perosak Negara di sebalik jasa sumbangan besar selama 22 tahun pemerintahan.

Berdasarkan puluhan komen susulan posting tersebut, ada berpendapat ia sebagai reaksi balas ekoran sikap Dr. Mahathir sendiri yang kebelakangan ini sering ‘menghentam’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ada menyokong hujah beliau dan tidak kurang mengutuk Ahmad Shuaib dengan pelbagai cacian, namun untuk mengetahui apakah sebabnya, berikut MYNEWSHUB siarkan intipati nota secara ringkas sebagai rujukan:

1. Buat pembangunan tapi menyusahkan rakyat. Contoh lebuh raya – rakyat tanggung harga kenaikan. Semua pembangunan dibuat oleh Mahathir nampak macam bagus tapi kesan kepada rakyat hutang negara meningkat.

Juga skandal kewangan yang tidak diketahui rakyat. Ini menyebabkan kerugian ‘duit rakyat’ berpuluh-puluh bilion ringgit akibat daripada skandal Bank Negara Malaysia dan banyak lagi sepanjang pemerintahan beliau. 

2. Buat IPP (syarikat pengeluar tenaga bebas). Walhal bekalan elektrik itu dijual balik kepada pihak TNB sedangkan TNB pun boleh buat sendiri. Semua ini untuk kepentingan kroni Mahathir sebagai pemilik IPP. 

3. Bertindak zalim kepada pemimpin pembangkang termasuk menyalagunakan ISA (Akta Keselamatan Dalan Negeri) menyebabkan rakyat makin marah kepada UMNO yang punca asasnya daripada perbuatan Mahathir. 

4. Kurangkan kuasa raja-raja Melayu dalam meluluskan akta di parlimen dan DUN. 

5. Bina KLCC atau Menara Berkembar Petronas. Rakyat tidak boleh masuk tanpa sebab kecuali hanya tengok dari luar sahaja.

6. Terlalu banyak kerosakan kepada agama Islam yang Mahathir pernah buat antaranya hina ulama dalam kes Arwah Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom berhubung penganjuran pertandingan ratu cantik.


Juga hina hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan selain hina sunnah Nabi Muhammad SAW. 

7. Perpecahan rakyat akibat tindakan Mahathir. Hasilnya terbentuk parti serpihan Semangat 46 dan penubuhan PKR, semuanya berpunca daripada Mahathir. 

8. Memang Mahathir ada sumbangan. Tetapi rakyat penyumbang terbesar khasnya kakitangan kerajaan penyumbang terbesar negara sebenarnya sebagai kuasa rakyat. 

9. Sejak zaman almarhum Tunku Abdu Rahman Putra, kerja Mahathir hendak jatuhkan sahaja Perdana Menteri waktu itu termasuk zaman Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) sehingga zaman Najib.

Dia tidak sedar berapa banyak masalah yang dia telah buat tetapi yang terpaksa menanggung kini ialah kerajaan dipimpin oleh Najib.

10. Mahathir lebih bahaya daripada pembangkang. Kerja pembangkang kritik kerajaan, namun kerja Mahathir rosakkan kerajaan dan rosakkan keyakinan pelabur dan macam macam lagi

11. Terlalu banyak skandal kewangan berlaku zaman beliau. Harap SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) buat pasukan khas siasat semua dakwaan tersebar merata di media termasuk dakwaan WSJ sendiri. 

12. Mahathir bukan seorang yang bersih tetapi hendak tutup kerosakan yang beliau pernah lakukan dan kemudian diletakkan atas Najib pula. 

13. Zaman Mahathir tiada Facebook, WhatsApp. Sebab tu apa sahaja perbuatan beliau zaman beliau dari 1981 hingga 2003 tidak ramai rakyat tahu.

14. Mahathir seorang pembohong. Bukti banyak antaranya beliau kata mata Anwar lebam sebab Anwar tumbuk sendiri akhirnya ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor mengaku dia yang tumbuk. 

Kata mata wang ringgit naik kalau Najib letak jawatan sedangkan lebih 100 negara mata wangnya jatuh sebab dasar ekonomi Amerika Syarikat (AS) beri kesan kepada China.

15. Dasar rugikan rakyat seperti kes kewujudan IPP. 

16. Gagal bangunkan ekonomi bumiputra malah DEB gagal di bawah Mahathir. 

Apa sahaja Mahathir buat nampak elok tapi kesan jangka panjang merugikan rakyat. 

Sekian, ASI. – Mynewshub.cc/HAA


Peguam Dakwa Tun M Sebagai ‘Bapa Perosak Negara’ oleh mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori