Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tambang BRT Laluan Sunway...

KUALA LUMPUR - Kadar tambang untuk perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) laluan Sunway...

10 Pasangan Kahwin Serentak...

MARAN - Seramai 10 pasangan melangsungkan perkahwinan beramai-ramai di Dewan Arena YAM Tengku...

Misteri MH370: Misi Pencarian...

CANBERRA: Setelah lebih setahun hilang tanpa sebarang petunjuk meyakinkan, misi pencarian MH370 tetap diteruskan...

David Bowie Meninggal Dunia...

LEGENDA muzik terkenal, David Bowie meninggal dunia akibat penyakit kanser yang menyerangnya sejak 18...

Pekerja Hotel Mengaku Tidak Bersalah Cedera Isteri

SEREMBAN – Seorang pekerja hotel dan rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan mencederakan isterinya menggunakan parang di Taman PD Utama, Port Dickson, Khamis lepas.

Tertuduh, K Saravanan, 26, dan Ahamad Mohd Latif, 23, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun, selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa dengan sengaja mencederakan mangsa, D Megala, 24, menggunakan parang dengan niat atau pengetahuan bahawa perbuatan itu boleh menyebabkan kematian.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A Aziz memohon bantahan terhadap sebarang jaminan kepada kedua-dua tertuduh kerana mangsa di dalam kes ini adalah isterinya dan ada kemungkinan untuk tertuduh menghampiri mangsa dan mereka yang terlibat dalam kes ini.


Selain itu, Syamimi Farhana berkata kes ini juga melibatkan kepentingan awam kerana kes tersebut sudah tersebar luas di media sosial.

Kamarudin kemudiannya tidak membenarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh dan menetapkan 13 November hadapan untuk sebutan semula kes dan pembentangan laporan perubatan mangsa.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

http://www.dailymotion.com/video/x38moc7_wanita-parah-ditetak-2-lelaki-guna-parang_news

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori