Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pemandu Mabuk Punca 11...

KUALA LUMPUR - Gara-gara pemandu mabuk, 11 individu termasuk lapan pelanggan restoran yang...

Vaksin Koronavirus Dijangka Siap...

KUALA LUMPUR - Dalam dua bulan sahaja jumlah kes dan kematian berkaitan novel koronavirus...

Ringgit Susut Berbanding Dolar...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini...

Pengurusan Pusat Tahfiz Perlu...

KUANTAN - Penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Pahang Datuk Sulaiman Ahmad, berkata pembangunan...

Pekerja Hotel Mengaku Tidak Bersalah Cuba Bunuh Isteri

SEREMBAN – Seorang pekerja hotel dan rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan mencederakan isterinya menggunakan parang di Taman PD Utama, Port Dickson, Khamis lepas.

Tertuduh, K. Saravanan, 26, dan Ahamad Mohd Latif, 23, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun, selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa dengan sengaja mencederakan mangsa, D. Megala, 24, menggunakan parang dengan niat atau pengetahuan bahawa perbuatan itu boleh menyebabkan kematian.

Video: Ngeri… Wanita Ditetak Bertalu-Talu Di Port Dickson

Mereka didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A. Aziz memohon bantahan terhadap sebarang jaminan kepada kedua-dua tertuduh kerana mangsa di dalam kes ini adalah isterinya dan ada kemungkinan untuk tertuduh menghampiri mangsa dan mereka yang terlibat dalam kes ini.


Selain itu, Syamimi Farhana berkata kes ini juga melibatkan kepentingan awam kerana kes tersebut sudah tersebar luas di media sosial.

Kamarudin kemudiannya tidak membenarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh dan menetapkan 13 November hadapan untuk sebutan semula kes dan pembentangan laporan perubatan mangsa.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – mStar Online

http://www.dailymotion.com/video/x38moc7_wanita-parah-ditetak-2-lelaki-guna-parang_news

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori