Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Perintah Gaji Minimum Tetap...

PERINTAH Gaji Minimum 2016 iaitu RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi...

Pembangkang Bawa Orang Luar...

JOHOR BAHRU - Sambutan luar biasa terhadap kempen yang diadakan parti pembangkang tidak...

Rahman Dahlan Jumpa Timbalan...

NEW YORK – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

Abdul Hadi Berjaya Ketepikan...

Isu saman kenyataan kontroversi berkaitan pil kuda, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi...

Pelajar Terjun Dari Tingkat Tiga

SEREMBAN – Seorang pelajar tingkatan dua parah selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan sebuah sekolah di sekitar daerah ini, Isnin lalu.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.30 petang selepas waktu persekolahan.

“Sebaik sahaja ditemui, mangsa terus dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dengan bantuan guru untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa kini berada dalam keadaan lemah dan memerlukan bantuan pernafasan akibat komplikasi jantung selain patah kaki kanan,” katanya.

Tambah sumber lagi, difahamkan mangsa seorang gadis pendiam kerana menghadapi masalah peribadi dan sering mendapatkan khidmat kaunseling di sekolah.


Sementara itu, Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, kejadian dipercayai berpunca daripada masalah peribadi dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Kita akan menyiasat kes ini mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh diri,” katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori