Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

3 Ditahan SPRM Kemuka...

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang pegawai syarikat...

Pengarah Jabatan MPKj Didakwa...

SHAH ALAM - Seorang ketua jabatan pihak berkuasa tempatan (PBT) berpangkat Datuk didakwa...

Tukang Sapu Maut Dalam...

KAHERAH - Seorang tukang sapu maut apabila sebutir bom meletup di sebatang jalan...

Jatuh Eskalator: Saksi Lihat...

"SAYA berada betul-betul di belakang family ini," tulis seorang saksi kejadian yang membabitkan kanak-kanak...

Pelarian Rohingya Dakwa Dirogol Geng Indonesia

BANDA ACEH – Polis Indonesia semalam menyiasat dakwaan beberapa pelarian wanita Rohingya dirogol oleh sekumpulan lelaki tempatan ketika mereka keluar dari kem penempatan mereka.

Siasatan dijalankan sehari selepas sekumpulan pelarian Rohingya membuat bantahan secara aman terhadap kejadian itu dengan beramai-ramai meninggalkan kem berkenaan.

Beratus-ratus pelarian Rohingya dari Myanmar ditempatkan di kem itu selepas kapal yang dinaiki mereka hanyut ke wilayah Aceh di utara pulau Sumatera pada Mei lalu.

Polis berkata, empat wanita Rohingya berusia 14 hingga 28 tahun mendakwa diserang sekumpulan lelaki pada pagi Isnin lalu selepas keluar dari kem penempatan di Blang Ado, barat Aceh.

Berita mengenai serangan itu menyebabkan beratus-ratus pelarian meninggalkan kem berkenaan, tetapi mereka kembali semula selepas dipujuk sukarelawan.

Kemarahan kembali memuncak apabila sebuah ambulans tiba bagi membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan lebih lanjut.


“Beberapa pelarian cuba menghalang ambulans itu dan ada yang membaling batu,” kata seorang petugas.

Jurucakap polis, Triarsono Anang berkata, mangsa dibawa ke hospital dan polis menunggu laporan doktor sebelum memburu suspek.

“Kami masih dalam proses menyiasat dan mengumpul bukti.

“Kami masih belum menyoal siasat sesiapa kerana masih menunggu keputusan pemeriksaan doktor,” jelasnya. – AFP/myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=q0F4PU9yKcM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori