Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Raja Muda Kedah Akan...

ALOR SETAR - Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin akan dimasyhurkan...

Gempa Bumi Kuat Landa...

TAIPEI - Gempa sekuat 6.4 pada skala Richter melanda timur Taiwan menyebabkan dua...

Penduduk Minta Kerajaan Campur...

KOTA KINABALU - Lebih 40 penduduk dari Kampung Sinompuru Sungai Simpang, Sandakan, merayu...

Rakyat Malaysia Jujur Tarik...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima maklumat...

Pelarian Syria Layak Terima Gaji Minimum

KUALA LUMPUR – Pelarian Syria yang akan dibawa ke Malaysia layak menikmati gaji minimum sekiranya mereka diberi pekerjaan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot, berkata perkara itu akan diteliti dengan pihak berkaitan sebelum keputusan dibuat.

“Pelarian tidak boleh bekerja tetapi kes ini berbeza kerana kerajaan sudah memberi komitmen untuk membela nasib pelarian Syria.

“Malah, mana-mana pekerja pun tidak wajar didiskriminasi daripada menerima gaji minimum,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Dialog Sosial Tiga Pihak Serantau kali ketujuh bagi pembangunan pekerjaan dan hubungan industri dalam sektor perkhidmatan di ASEAN.


Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Malaysia akan menawarkan penempatan dan peluang pekerjaan sementara kepada 3,000 pelarian Syria serta akses pendidikan kepada anak-anak mereka ketika berada di negara ini.

Beliau berkata, penerimaan pelarian berkenaan menunjukkan sikap perikemanusiaan dan keprihatinan kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap nasib yang menimpa rakyat Syria. – BHarian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori