Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan...

Produk Seramik Malaysia Bertaraf...

SERAMIK eksport ke 15 terbesar dengan nilai dagangan RM6 billion pada 2015. Bidang...

Kes Dadah Anak: Mat...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini berkata, beliau menyerahkan kepada...

Sikap Tidak Amanah Peminjam,...

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas sikap tidak jujur peminjam Perbadanan...

Peluang Untuk Podium Esok Masih Ada – Zulfahmi

SEPANG – Pelumba negara Zulfahmi Khairuddin yakin peluangnya untuk meraih podium bagi kelas Moto3 masih terbuka walaupun bermula di petak ke-10 pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2015 di Litar Sepang di sini, esok.

Pada sesi kelayakkan, Zulfahmi berjaya menunjukkan peningkatan dari segi catatan masa dua minit 13.280 saat pada pusingan ketujuh daripada 13 pusingan yang dilakukan hari ini.

“Jarak masa saya dengan 10 pelumba hadapan tidak terlalu jauh, bagi saya pada perlumbaan esok semua pelumba di hadapan mempunyai peluang untuk podium. Hari ini saya menggunakan tayar kompaun lembut yang sangat membantu jentera bergerak lebih laju.

“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan pelarasan motosikal saya di Sepang. Saya hanya perlu nikmati perlumbaan esok dan saya yakin akan menghasilkan keputusan yang terbaik,” kata pelumba Drive M7 SIC itu.

Pelumba Itali Niccolo Antonelli dari pasukan Ongetta-Rivacold memulakan aksi di petak pertama diikuti Jorge Navarro (Estrella Galacia 0,0) dan Miguel Oliveira (Red Bull KTM Ajo).


Zulfahmi berkata bagaimanapun beliau perlu memperagakan tunggangan yang lebih agresif esok bagi menamatkan saingan di kedudukan yang lebih baik.

Pelumba berusia 24 tahun itu menyifatkan keadaan berjerebu di Litar Sepang yang semakin teruk pada sebelah petang tidak menjejaskan tunggangannya.

Zulfahmi, yang dikatakan akan membuat penampilan terakhir di Sepang dalam kelas Moto3, pernah mencipta sejarah di Litar Sepang dengan kejayaan tempat kedua ketika beraksi pada 2012. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori