Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Video: Babi Rebut Makan...

SATU rakaman video menyayat hati menunjukkan mayat bayi dimakan oleh sekumpulan babi, kembali menjadi...

Tok Pa Hadir Tonton...

TUMPAT (Kelantan) - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed malam...

Aliran Trafik Lancar Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke ibu negara...

ADUN Pembangkang Tetap Dapat...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah bersedia untuk memberi peruntukan kepada Anggota Dewan Undangan...

Pemandu Lori Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Merogol Kanak-Kanak

KUALA PILAH – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 11 tahun pada November tahun lepas.

Tertuduh, Ahmad Affifuddin Ismail, 30, yang bekerja sebagai pemandu lori, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Mengikut pertuduhan, dia dituduh merogol kanak-kanak itu yang merupakan murid sekolah rendah di daerah Jempol, di sebuah rumah di Kampung Batu Bakar, Bahau.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tidak kurang dari 10 tahun dan tidak lebih dari tiga puluh tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Kaiyisah Shukri memohon tertuduh tidak diikat jamin memandangkan keseriusan kes merogol kanak-kanak berusia 11 tahun dan tangkapan tertuduh mengambil masa lama kerana melarikan diri.


Tertuduh yang diwakili peguam Abdul Aziz Hamzah dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Seremban, memohon agar dia dibenarkan diikat jamin atas budi bicara mahkamah.

Hakim Sazlina membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran sekali pada setiap bulan serta melarang tertuduh mendekati mangsa atau keluarga mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 November untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori