Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

2 Maut Ditembak, Aktif...

KOTA BHARU - Dua lelaki warga asing yang ditembak mati oleh polis malam...

Azmin Didakwa Salah Guna...

TANJONG KARANG - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diminta memantau dan mengambil tindakan...

Terowong Dasar Laut: Perunding...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang wanita...

Kebakaran Hutan Di Paka...

DUNGUN - Kebakaran hutan paya gambut di Kampung Tok Arung dekat Santong di...

Pemandu Lori Ditahan, Jengkaut Bernilai RM80,000 Hilang Ditemui

SHAH ALAM – Polis menahan seorang pemandu lori dan menemui semula sebuah jengkaut bernilai RM80,000 yang dilaporkan hilang di Kilometer 11.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala Subang Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata jengkaut itu telah dicuri dari sebuah tapak pembinaan berhampiran lokasi ia ditemui kira-kira pukul 7 malam semalam.

“Makluman awal diperolehi daripada pihak PLUS (PLUS Malaysia Berhad) menyatakan terdapat sebuah lori yang membawa jentera berat (jengkaut) telah terbalik di Kilometer 11.5 Lebuhraya NKVE pada pukul 9.20 malam tadi.

“Namun setelah diperiksa, kita mendapati jengkaut itu sebenarnya telah dilarikan oleh empat lelaki berusia lingkungan 20-an dan 30-an dari kawasan tapak pembinaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata berikutan kes itu polis kemudian menahan pemandu lori berusia 43 tahun dan merampas lori serta jengkaut yang ditemui.


Katanya, susulan penahanan itu polis kini giat mengesan empat suspek yang menjadi dalang melarikan jengkaut berkenaan.

Beliau berkata pemandu lori itu direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori