Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

DRB-Hicom FC Perlu Hantar...

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak DRB-Hicom (DRB-Hicom FC) perlu mengemukakan surat rasmi...

Polis Tahan Dua Lelaki...

KUALA LUMPUR : Pemilik akaun Facebook 'Iman Mustaqim' yang disyaki memuat naik hantaran...

Polis Tahan 3 Lelaki...

KEPALA BATAS - Polis menahan tiga lelaki ‘Geng Highway’ dan memburu seorang lagi...

Guru Maut Ketika Sertai...

KOTA BHARU - Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh, maut selepas motosikal berkuasa...

Pemandu Maut Kereta Dihempap Besi

TAIPING – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah apabila kereta dinaiki dihempap muatan besi yang terkeluar dari treler yang terbabas di jalan Beruas-Trong dekat Taiping kira-kira 10 malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.03 malam sebelum sepasukan anggota bersama satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setiba di lokasi berhampiran kawasan air terjun Trong itu pihaknya mendapati kereta dihempap muatan besi.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila treler membawa muatan besi terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.


“Ini menyebabkan muatan besi dibawa treler itu terkeluar lalu menghempap kereta berhampiran. Pemandu kereta berusia 43 tahun tersepit dan maut di tempat kejadian manakala penumpang di bahagian hadapan berusia 36 tahun parah,” katanya.

Menurutnya, mangsa dikeluarkan menggunakan alat keselamatan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sementara mangsa yang parah dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut. -  myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori