Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PRK Port Dickson: ‘Saya...

KUALA LUMPUR — Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan...

8 Penagih Ditahan Setelah...

TELUK INTAN - Lapan penagih dadah berumur lingkungan antara 40 hingga 50 tahun...

PDRM Tunggu Laporan Australia...

PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu laporan daripada pihak Australia...

Proses Penamaan Calon PRK...

KOTA BHARU - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Pemandu Teksi Rempuh Pengawal Pintu Sah Alami Tekanan Jiwa

TEKA-teki mengenai tahap kesihatan mental seorang pemandu teksi yang dirakam memandu secara berbahaya hingga sanggup merempuh seorang penjaga pintu di Hospital Angkatan Tentera Mizan, Kuala Lumpur dan menjadi viral baru-baru ini akhirnya terjawab.

BACA: Video: Pemandu Teksi ‘Gila’ Rempuh Pengawal Pintu

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Roy Suhaimi Sarif, suspek sah mengalami masalah tekanan jiwa dan merupakan pesakit psikiatri.

Tambahnya, sebenarnya itu adalah kejadian lama yang berlaku pada 12 Oktober lalu dan pemandu berusia 44 tahun itu juga telah dihadapkan ke mahkamah, atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan pada mangsa.

“Video yang dipaparkan dalam media sosial itu adalah kejadian yang berlaku minggu lalu dan suspek sudah didakwa di mahkamah.

“Pemeriksaan mendapati, suspek mempunyai masalah tekanan jiwa dan merupakan pesakit psikiatri serta menerima rawatan pada 5 Oktober lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, pada Isnin.


Ketika kejadian, suspek, S Ganesan, dikatakan baru menurunkan penumpangnya di hospital berkenaan dan memandu di arah bertentangan keluar dari hospital sebelum melanggar seorang pengawal dan kon sekatan.

Ganesan didakwa di mahkamah pada 16 Oktober lalu atas cubaan membunuh dan diarahkan dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan bagi menjalani pernilaian mental. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: The Rakyat Post

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori