Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Eskalator Raja Salman Dibawa...

SEPANG - Lawatan julung kali Raja Salman Abdulaziz al-Saud ke Malaysia bermula Ahad...

PDRM Tak Tolak IPCMC...

KUALA NERUS - Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini...

Budak Hidap Penyakit Hati...

SEORANG kanak-kanak yang menghidap penyakit hati mengimpikan untuk bertemu sendiri dengan Perdana Menteri, Datuk...

Masjid, Surau Akan Dibuka...

KUALA LUMPUR - Pembukaan semula masjid dan surau bagi aktiviti agama akan dilakukan...

Hudud: Mahkamah Tinggi Tolak Bantahan Awal Hadi

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bantahan awal yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan empat yang lain untuk membatalkan saman berhubung pembentangan rang undang-undang hudud di Parlimen.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri kesemua pihak yang mewakili plaintif dan defendan.

Pembentangan itu melibatkan rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Peguam Farez Jinnah yang mewakili keempat-empat plaintif memberitahu pemberita bahawa hakim membuat keputusan itu kerana berpendapat tiada material mencukupi dalam permohonan bantahan awal.

Abdul Hadi memfailkan permohonan bantahan itu pada 2 Julai lalu bersama empat defendan lain iaitu Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee serta Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah.


Tambah Farez, mahkamah menetapkan 13 Okt untuk mendengar permohonan injunksi keempat-empat individu itu bagi menghalang Abdul Hadi dan empat yang lain daripada membentangkan rang undang-undang berkenaan.

Pada 12 Jun lepas, empat individu iaitu Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin memfailkan saman pemula dengan menamakan Abdul Hadi, Pandikar Amin, Ismail, Kiandee dan Roosme sebagai defendan pertama hingga kelima.

Keempat-empat individu itu turut memohon satu deklarasi bahawa pembentangan mengenai pindaan itu merupakan satu kemungkiran terma-terma Buku Jingga Pakatan Rakyat oleh Abdul Hadi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori