Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Persidangan DUN Pahang Pertama...

KUANTAN - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pertama selepas Pilihan Raya Umum...

Tuntut Cerai Sebab Suami...

RIYADH - Seorang warga Arab Saudi berusia 29 tahun terkejut besar apabila isteri...

Penerbangan Ditunda Lima Kali,...

SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menzahirkan rasa tidak...

Suami Isteri Ditahan Bersama...

KOTA BHARU – Polis menahan sepasang suami isteri bersama dua pucuk pistol serta...

Pencari Madu Cedera Parah Terjatuh Dari Pokok 10 Meter

BESUT – Seorang pencari madu lebah cedera parah apabila terjatuh dari sebatang pokok setinggi lebih 10 meter ketika sedang hendak mengambil madu lebah di Hutan Bukit Puteri, dekat sini, petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Yusof Draman, 33, dari kampung Padang Tapong Jerteh yang patah kaki kanan termasuk tulang belakang dikatakan pergi mencari madu lebah bersama seorang rakannya.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Jerteh, Mustafa Ismail memberitahu pihaknya telah mendapat maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.52 petang sebelum bertindak dengan menghantar lima daripada anggotanya ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

Beliau berkata pasukan bomba yang dibantu anggota dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Besut telah mengambil masa lebih sejam bagi mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian setelah mendapat maklumat daripada rakan mangsa yang keluar mendapatkan bantuan.


“Apabila tiba di tempat kejadian anggota saya mendapati mangsa yang tidak sedarkan diri itu telah cuba dibawa keluar oleh penduduk kampung sebelum anggota JPAM membantu membawa mangsa ke Hospital Daerah Besut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya mangsa kemudiannya telah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan untuk rawatan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori