Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Video: Guru Tendang, Tampar...

MENDIDIK bukanlah satu tugas yang mudah, apatah lagi jika tidak mempunyai tahap kesabaran...

BN Sarawak Yakin Tambah...

SIBU - Barisan Nasional (BN) Sarawak bukan hanya yakin dapat mengekalkan 25 kerusi...

PROTON Sedia Bekerjasama Bagi...

KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta Malaysia, PROTON, sedia untuk bekerjasama dalam projek kereta...

Azmin Lulus 3 Lebuh...

KUALA LUMPUR - Kepimpinan PKR dicabar ambil tindakan tegas terhadap Menteri Besar Selangor,...

Pendaratan Ikan Di Pahang Berkurangan Hingga 20%

KUANTAN – Pendaratan ikan di Pahang mengalami penurunan pendaratan hasil hampir 20 peratus berikutan masalah jerebu yang melanda negara sejak beberapa bulan lepas.

Pengarah Perikanan Pahang, Adnan Hussain berkata, penglihatan kurang jelas dan terhad menyebabkan nelayan tidak berani untuk mengambil risiko turun ke laut.

“Apa yang merisaukan nelayan ialah dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 150, penglihatan mereka hanya kira-kira 300 meter.

“Ini boleh menyebabkan berlaku pelanggaran dengan bot nelayan besar atau kapal-kapal dagang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Bagaimanapun dalam masa yang sama, katanya jumlah tangkapan untuk seseorang nelayan bertambah disebabkan kurang persaingan.

Menurutnya, jabatan sentiasa mengambil berat soal keselamatan lebih 8,000 nelayan di negeri ini dan mengingatkan mereka agar melengkapkan bot dengan alat sistem pengesan global (GPS) dan memastikannya berada dalam keadaan terbaik untuk mengelakkan mereka sesat berikutan pandangan yang terhad.


Dalam masa yang sama juga, katanya setiap bot juga perlu dipasang dengan lampu isyarat supaya boleh dilihat oleh nelayan lain atau kapal-kapal dagang untuk mengelakkan pelanggaran.

Sementara itu, seorang nelayan pantai di Pantai Beserah, Ramly Mohd, 48, berkata selain keadaan jerebu, keadaan laut yang agak bergelora juga menjadi penyebab kepada kurangnya hasil laut yang diperoleh.

“Jika dua tahun lepas saya mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM18,000 sebulan walaupun hanya 18 hari turun ke laut, namun kini dengan keadaan jerebu nak dapat RM1,000 sebulan pun susah,” katanya.

Beliau juga mendakwa pernah tersasar sampai ke Pantai Batu Hitam walaupun sepatutnya mendarat di Pantai Beserah disebabkan jarak penglihatan terhad. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori