ROSEBURG – Lelaki bersenjata berusia 26 tahun yang dipercayai suspek kejadian tembakan di sebuah kolej komuniti di Oregon yang mengorbankan sembilan orang kelmarin, disahkan membunuh dirinya sendiri.
“Pemeriksa perubatan mengenal pasti punca kematian penembak berkenaan yang dikenali sebagai Christopher Harper-Mercer disebabkan bunuh diri,” kata Sheriff Daerah Douglas, John Hanlin.
Dalam kejadian tembakan di Umpqua Community College di Roseburg itu, suspek menembak mati profesor bahasa Inggerisnya dan lapan lapan yang lain sebelum menembak dirinya sendiri.
Laporan awal menyebut, suspek mati terkena tembakan anggota polis selepas berlaku tembak menembak kira-kira lima minit di lokasi kejadian di kolej berkenaan.
Hanlin turut memberikan butiran masa kejadian dengan menyebut dua anggota polis berada di lokasi dalam masa lima minit ia berlaku dan memaklumkan mereka berbalas tembakan dengan suspek dua minit kemudian.
“Pegawai polis bertindak segera, mereka berbalas tembakan dengan suspek bersenjata sebelum keadaan reda,” katanya.
Hanlin berkata, polis menjumpai satu lagi senapang patah dari pangsapuri suspek, menjadikan semua 14 senjata api dirampas lapan daripanya dari rumah suspek manakala enam dari kolej berkenaan. – AFP/BH ONLINE
https://www.youtube.com/watch?v=5xglSvQmDow