Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Banjir: Bantuan Diputuskan Selepas...

PEKAN - Bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terlibat dengan bencana itu...

Video Seks: NGO Gesa...

SHAH ALAM - Dua badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan laporan forensik yang dijalankan...

Lagi Kekacauan Meletus Di...

YANGON - Satu lagi siri kekacauan meletus di Taungdwingyi, Magway tengah Myanmar malam...

Anak Pelakon Veteran Kena...

KUALA LUMPUR - Anak perempuan kepada pelakon wanita veteran yang juga pengusaha produk...

Penganggur Dipenjara 8 Bulan Kerana Ugut Pengawal Keselamatan

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini bagi kesalahan memeras ugut seorang pengawal keselamatan warga Bangladesh.

Majistret Nur Azura Murah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh V. Muniandy, 38, mengaku bersalah memeras ugut Md Masum, 39, dengan menakutkannya sekiranya mangsa enggan memberi wang.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pondok Parking PV12 Condo, Danau Kota, Jalan Langkawi, Setapak, di sini pada pukul 12.25 pagi, 15 Okt lepas mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Muniandy juga dijatuhi hukuman penjara sebulan atas pertuduhan gagal menunjukkan kad pengenalan diri atau sebarang dokumen pengenalan sementara pada tarikh dan waktu yang sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Peraturan 7 (1) dan boleh dihukum di bawah Peraturan 25 (1) (n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM20,000.


Nur Azura memerintahkan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman itu secara serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 15 Okt lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah menyuruh mangsa membuka pintu pondok pengawal di kondominium itu, bagaimanapun mangsa enggan dan mengunci pintu pondok menyebabkan tertuduh berang lalu mengugutnya supaya memberikan wang dengan menunjukkan sebilah parang dan penyodok tanah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori