Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PBSNT Bersedia Dipilih Lokasi...

KUALA NERUS - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sedia memberi kerjasama sekiranya...

Bicara 1MDB Dilapangkan Hari...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana 1Malaysia Development...

Pendidikan Terengganu Cemerlang Sokmo

MARANG - Cerita kejayaan Terengganu dalam bidang pendidikan bukanlah perkara baru dan saban...

Wakil Rakyat ‘Kaki Buku’...

SABAK BERNAM - Amat jarang benar jumpa wakil rakyat yang cukup seronok dengan...

Pengawal Keselamatan Hadapi Tuduhan AMLATFA

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak salah diatas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi tujuan memperdayakan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan pemindahan dana berjumlah RM550 juta, tiga tahun lalu.

SPRM dalam satu kenyataan media memberitahu, tertuduh, Shahjehan Abdul Rahim, 47, membuat pengakuan tidak salah tersebut di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

“Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 2 Ogos 2012 di bilik 303, JRL Hotel, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur iaitu memperdayakan pegawai SPRM, Penolong Penguasa Nik Lokman Hakim Nik Mohd Nor dengan menggunakan dokumen-dokumen palsu.

“Pertuduhan yang dikenakan berbunyi: “Bahawa kamu, pada 2 Ogos 2012, bertempat di bilik 303, JRL Hotel, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dengan niat untuk memperdayakan pegawai SPRM di mana kamu telah menyerahkan dokumen seperti ‘Lampiran A’ setelah diarahkan di bawah seksyen 32 (2)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang mana kamu telah menggunakan dokumen-dokumen palsu tersebut yang berupa sebagai dokumen-dokumen yang sah”,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut SPRM, tertuduh dituduh mengikut Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) dan jika disabitkan kesalahan tertuduh akan dijatuhkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM1 juta atau kedua-duanya sekali.


Kata kenyataan itu, tertuduh juga boleh didenda selanjutnya tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.

“Seksyen 89 AMLATFA merujuk kepada kesalahan pemalsuan, penyembunyian dan pemusnahan dokumen.

“Hakim Allaudeen Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 November ini untuk sebutan semula kes,” kata SPRM. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori