Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mayat Seorang Lagi Dipercayai...

KUALA TERENGGANU: Mayat seorang lelaki dipercayai salah seorang daripada dua nelayan yang masih...

8,112 Kes Baru, 12...

Kementerian Kesihatan berkata 8,112 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Bekas Pengerusi PKM, Abdullah...

KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Abdullah CD atau nama sebenarnya...

Individu Positif, Dalam Kuarantin...

KUALA LUMPUR: Individu yang positif COVID-19 atau perlu menjalani kuarantin di rumah atau...

Pengawal Keselamatan Maut Dalam Kemalangan Di LPT2

KEMAMAN – Seorang pengawal keselamatan maut dan rakannya cedera parah selepas skuter yang dinaiki mereka hilang kawalan dalam kemalangan di Km 317.9 Lebuhraya Pantai Timur 2, berhampiran Plaza Tol Kerteh di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.25 pagi itu, mangsa Samsuhaimi Che Mat, 46, maut di tempat kejadian apabila tercampak dari skuter jenis SYM yang diboncengnya selepas melanggar pembahagi jalan di lebuh raya berkenaan.

Skuter yang ditunggang Adib Ahmad Amin Abdul Zahar, 18, dipercayai terbabas sebelum bergesel dengan pembahagi jalan itu.

Ketika kejadian mangsa berkonvoi bersama 10 buah motorsikal lain yang dalam perjalanan pulang ke Chenor Pahang selepas pulang dari menghadiri Himpunan 60 Fastaqim yang diadakan di Kota Baharu Kelantan, Sabtu lepas.


Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan rakannya turut dirawat di hospital yang sama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori