Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Guru Tunjuk Kemaluan...

Georgetown : Kes seorang guru sekolah rendah di Balik Pulau di sini, yang...

Ibu Bunuh Anak Yang...

KES kematian seorang wanita, Geneva Gomez, 33, yang dipukul dengan kejam dan disumbat...

Khazanah: MAB Kekal Syarikat...

KUALA LUMPUR - Malaysian Airlines Bhd (MAB) akan kekal sebagai syarikat penerbangan antarabangsa...

Sultan Johor Tarik Gelaran...

MERSING - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran akan menarik balik gelaran Dato’...

Pengumpul Model Lego Sanggup Berbelanja Besar

KUALA LUMPUR – Seorang bapa kepada dua anak sanggup membelanjakan sehingga RM20,000 sejak Disember lepas bagi memenuhi minatnya mengumpul model permainan Lego ‘Star Wars’.

Muhd Faizul Ismail, 32, berkata beliau sedikitpun tidak berasa menyesal atau rugi dengan keputusannya untuk membeli model-model Lego yang dianggap antara yang paling mahal di pasaran.

“Ia menjadi satu kepuasan buat saya apabila berjaya memasang dan melengkapkan sesuatu model permainan ini yang kompleks.

Biarpun proses pemasangannya agak mencabar dan menguji minda, ia satu permainan yang amat bagus kerana mampu membina pemikiran lebih kreatif dan ia hobi yang sesuai buat semua peringkat umur,” katanya kepada Bernama.

Muhd Faizul merupakan antara pempamer yang mengambil bahagian pada ‘KL Brick Festival and Toy Collectors’ Fair’ yang berlangsung di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini hari ini.

“Bahagian paling mencabar ialah saya terpaksa memasang serta menyusun pelbagai jenis saiz dan bentuk Lego mengikut manual yang diberikan,” kata anak kelahiran Kelantan itu.

Menurut Muhd Faizul, set paling sukar yang pernah dipasangnya ialah model kapal Star Wars dikenali sebagai ‘Millennium Falcon’ berukuran 26.7 meter melibatkan lebih 50,000 keping Lego.

Penjawat awam itu berkata beliau mula ‘terjebak’ dalam pengumpulan permainan popular ini apabila melihat rakannya yang turut obses dalam permainan itu.


Menurutnya, 50 model permainan Lego miliknya dipamerkan pada festival itu yang disertainya buat kali keenam dan berhasrat menjadikannya sebagai warisan koleksi buat anak-anaknya.

Festival sehari yang berlangsung sempena Bulan Rekabentuk Kuala Lumpur 2015 (Kuala Lumpur Design Month 2015) merangkumi lebih 50 gerai pempamer dan peniaga pelbagai barang permainan terutama Lego.

Antara yang menarik perhatian pengunjung terutama kanak-kanak ialah model gergasi watak fiksyen filem adiwira ‘Iron Man’ di hadapan pintu masuk ruang pameran di festival itu.

Pengurus festival, Mohammad Zahri Latif berkata antara model Lego yang dipamerkan ialah representasi watak dan ‘prop’ dalam komik adiwira, filem animasi atau kartun serta filem seperti ‘Star Wars’ dan ‘Lord of The Rings’.

“Setakat tengah hari tadi, kita mengedarkan 400 mini Lego kepada pengunjung yang membuat pendaftaran awal untuk hadir ke festival ini,” katanya sambil menambah acara itu dijangka menarik lebih 1,000 pengunjung.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]PEZACCcOVCY[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • lego

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori