Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Wanita Baju Belang...

SEORANG wanita mendakwa duitnya telah dicuri seorang wanita lain selepas menggunakan mesin deposit wang (CDM)...

Perompak Lepaskan Tembakan Rambang...

BUKAN sahaja merompak kedai emas, sekumpulan penjenayah turut melepaskan tembakan rambang ke arah...

Pengadang Banjir Mudah Alih...

SHAH ALAM - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memperkenalkan inisiatif jangka pendek bagi...

Korea Selatan Buru Pengasas...

SEOUL – Pihak pendakwa raya Korea Selatan meminta Interpol mengeluarkan notis merah terhadap...

Peniaga Kain Rugi RM30,000 Stor Baju Hangus Terbakar Di Kluang

JOHOR BAHARU – Seorang peniaga pakaian mengalami kerugian kira-kira RM30,000 setelah bangunan kedai tingkat dua miliknya yang digunakan untuk menyimpan kain dan baju hangus terbakar di Jalan Desa, Taman Desa, Kluang dekat sini, malam tadi.

Tai Hann Shan, 36, berkata kebakaran kedainya pada pukul 8.30 malam itu dimaklumkan oleh jiran kedai.

“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan pulang dari Seri Alam, Johor Baharu. Apabila dimaklumkan mengenai kejadian oleh jiran kedai sebelah, saya terus bergegas ke tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Tai berkata anggaran kerugian itu bagaimanapun hanya meliputi pakaian sahaja dan tidak termasuk barang-barang penyewa lain di tingkat satu.

Beliau berkata bangunan tingkat dua itu merupakan stor penyimpanan baju dan kain yang dijual di kedai miliknya yang berada di kawasan berhampiran.

Tai berkata bangunan dua tingkat yang didaftarkan menggunakan nama isterinya itu, turut disewakan kepada pemilik makanan haiwan.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba Kluang dan Penolong Kanan Penguatkuasa Bomba Akob Sidek berkata, setelah pihak bomba mendapat panggilan kecemasan pada pukul pukul 8.38 malam, seramai 17 anggota beserta lima jentera telah ditugaskan ke tempat kejadian.

“Kami berjaya menghalang api dari merebak ke kedai sebelah setelah mendapat bantuan bekalan air dari balai bantuan,” kata beliau ketika dihubungi.

Akob berkata pihaknya berjaya mengawal api kebakaran kira-kira 20 minit kemudian dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 10 malam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori