Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Ziarah Kubur Arwah...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini...

Malaysia-Indonesia Peringat Selesaikan Isu...

JAKARTA - Malaysia dan Indonesia bersetuju menggiatkan usaha mencari penyelesaian terbaik berhubung isu sempadan maritim dan darat antara kedua-dua negara,...

Trio Recurve Wanita Dedikasi...

KUALA LUMPUR – Skuad recurve wanita negara mendedikasikan pingat emas Sukan SEA yang...

Kolam Didakwa Milik Puteri...

KOTA BHARU – Sebuah kolam yang didakwa sebagai tempat mandi-manda Puteri Saadong di...

Peniaga Kedai Makan Didenda RM1,000 Pecahkan Cermin Kereta

KUALA LUMPUR – Gara-gara membaling batu sehingga memecahkan cermin kereta seorang ejen hartanah, seorang peniaga kedai makan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Nur Azura Murah menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Chin Mun Seng, 49, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan khianat dengan membaling seketul batu ke arah cermin belakang kereta Perodua Myvi milik Yee Tian Wai, 28, awal bulan lalu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan parkir tepi Jalan Jelawat, berhadapan Lorong Ikan Emas 2, Batu 3 1/2, Cheras, di sini pada pukul 7 pagi, 5 Oktober lepas.


Dia dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nom Phot Prackdit manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori