Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Perkemas Respons Kecemasan...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat pada minggu kedua menyaksikan pentadbiran Datuk Seri...

Malaysia, UNHCR Tubuh Pasukan...

BALI - Malaysia telah mencapai kesepakatan dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi...

Rusia Beri Amaran Larang...

MOSCOW - Rusia memberi amaran kepada Washington supaya tidak melancarkan serangan sebelah pihak...

Cuepacs Mohon PM Kekal...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap dapat mengekalkan insentif...

Penjawat Awam Diajak Bersyukur Atas Keprihatinan K’jaan Dalam Bajet 2016

MELAKA – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mengajak penjawat awam menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan kerajaan memperuntukkan pelbagai insentif kepada kumpulan itu dalam Bajet 2016.

Beliau berkata antara insentif yang diluluskan untuk penjawat awam dalam Bajet 2016 ialah pemindahan gaji bersama satu kenaikan gaji tahunan; penambahbaikan 252 skim perkhidmatan; gaji permulaan terendah kepada RM1,200; dan pemberian khas RM500.

“Penjawat awam sebagai tulang belakang dan penggerak utama kepada setiap dasar dan polisi yang telah diputuskan oleh kerajaan, wajar memiliki integriti dengan cerminan produktiviti yang tinggi.

“Bagi memenuhi kehendak dan harapan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik, kerajaan akan memperkenalkan dasar pemisah yang menyediakan mekanisme untuk menamatkan perkhidmatan pegawai yang berprestasi rendah,” katanya di sini hari ini.


Mohamad Zabidi berkata demikian dalam perutusannya sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-pekerja Pengurusan dan Profesional di sini. Siaran media mengenai perutusan itu dikeluarkan Pasukan Komunikasi, Pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori