PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan menjawab isu wang derma sebanyak USD 700 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.
Perkara itu dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Memetik The Rakyat Post, Azalina berkata, “Pertanyaan ini akan dijawab secara serentak bersama dengan pertanyaan-pertanyaan lain yang mempunyai maksud yang sama pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian dalam persidangan kali ini juga.”
Perkara itu disusuli sebagai menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang meminta Najib menyatakan dari mana sumber wang derma yang diterimanya itu.
– MYNEWSHUB.CC
Penderma tidak mahu identiti didedahkan
[youtube http://www.youtube.com/watch?v=0VxY5AFdOf0&w=420&h=315]