Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Taufan Hagupit Musnahkan Kediaman...

LEGASPI - Taufan Hagupif memusnahkan kediaman dan menyebabkan ombak besar membadai kawasan pantai...

Dasar Satu Peratus Penjawat...

KUALA LUMPUR : Dasar satu peratus penjawat awam kategori Orang Kurang Upaya (OKU)...

UMNO Tekad Terus Perjuangkan...

KUALA LUMPUR - UMNO Sabah, pemenang Anugerah Membantu Rakyat (Membara), bertekad akan terus...

Kaji Laksana ‘Driver Score’...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji pelaksanaan ‘drivers score’, yang bertujuan memantau...

Perkhidmatan Rapid KL Dilanjutkan Sempena Citrawarna Sabtu Ini

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL di stesen Masjid Jamek akan dilanjutkan sehingga 12.30 tengah malam pada Sabtu ini, bersempena dengan perarakan Citrawarna di Dataran Merdeka.

Rapid KL dalam satu kenyataan berkata para pengunjung yang ingin ke acara itu boleh menaiki perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya dan Ampang dari stesen Masjid Jamek sehingga 12.30 tengah malam.

“Walaupun pintu masuk di stesen-stesen lain akan ditutup secara berperingkat mulai 11.10 malam mengikut jadual operasi hari minggu dan kelepasan awam yang biasa, pengunjung yang menggunakan perkhidmatan LRT di stesen Masjid Jamek boleh keluar di mana-mana stesen sehingga selesai perkhidmatan lanjutan masa tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Menurut kenyataan itu, penumpang dinasihatkan supaya menggunakan Kad MyRapid yang boleh didapati di semua stesen LRT dan Monorel bagi perjalanan yang lebih lancar.


Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Talian Bantuan di 03-7885 2585 pada Isnin hingga Jumaat dari 7 pagi hingga 8.30 malam manakala pada Sabtu hingga Ahad dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau log masuk untuk www.myrapid.com.my atau di Twitter @MyRapidKL. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori